KESAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN C DAN VITAMIN E BAGI MENGURANGKAN KECEDERAAN OTOT

KESAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN C DAN VITAMIN E BAGI MENGURANGKAN KECEDERAAN OTOT

Baru-baru ini saya terbaca dalam satu terbitan journal International Journal of Preventive Medicine, 2013, satu kajian yang dijalankan di Isfahan University of Medical Sciences, Isfahan, Iran.

Bagi mereka yang melakukan senaman (terutama senaman aerobik yang agresif), akan berlaku kerosakan otot sebelum otot ini diperbaiki dan diperkuatkan. Ini yang menyebabkan otot-otot kita akan berasa sakit.

Dalam kajian ini pengambilan suplemen vitamin C 1000mg dan vitamin E 100mg dapat melindungi kerosakan otot dan rasa sakit otot (muscle sore) selepas menjalani senaman yang agresif. Pada mereka yang tidak biasa bersenam, senaman yang sederhana juga boleh menyebabkan rasa sakit pada otot.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan senaman aerobik dan mengangkat berat, lakukan secara bersederhana mengikut stamina. Jangan mengharapkan perubahan yang segera tetapi lakukan untuk jangka masa panjang agar ia menjadi rutin yang menyeronokkan.

Akhir sekali pengambilan suplemen vitamin C 1000mg dan vitamin E 100mg sangat membantu tubuh memperbaiki tisu rosak akibat senaman yang dilakukan. Otot yang rosak ini akan membesar dan menjadi lebih kuat.

Jangan putus asa dengan cabaran rasa sakit otot dan rasa penat. Ia adalah proses biasa dalam transformasi untuk menjadi sihat dan berstamina.

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

Maryam Taghiyar, Leila Darvishi. The Effect of Vitamin C and E Supplementation on Muscle Damage and Oxidative Stress in Female Athletes: A Clinical Trial. Int J Prev Med. 2013 Apr; 4(Suppl 1): S16–S23.

IKLAN

Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Non Acidic Vitamin C 1000MG With Bioflavonoids keluaran dari Nutriforte.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!