1. Ramai yang menyangka semua lemak dan lemak berbahaya. Namun terdapat lemak sihat yang perlu kita perolehi dari makanan dan suplemen kerana ia tidak dibentuk oleh tubuh kita. Antaranya minyak ikan yang mengandungi Omega 3.
2. Omega-3 adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat) yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.
3. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu :
✅Alpha-linolenic acid (ALA)
✅Eicosapentanoic acid (EPA)
✅Docosahexanoic acid (DHA).
Namun DHA dan EPA adalah dua komponen penting yang perlu kita perhatikan ketika memilih suplemen minyak ikan.
4. Omega-3 kebanyakannya didapati daripada ikan laut dalam seperti :
✅ Ikan tuna
✅ Ikan parang
✅ Ikan sardin
✅ Ikan kembung
✅ Ikan tenggiri
✅ Ikan tongkol
5. Mengikut Panduan Diet Malaysia kita dicadangkan untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian. Ini membantu kita mendapat bekalan Omega 3 secukupnya. Tetapi bagi mereka yang tidak menyukai ikan atau tidak ada peluang mengambil ikan setiap hari, saya mencadangkan pengambilan suplemen Omega 3 sekurang-kurangnya 500mg dalsm sehari.
6. Antara kepentingan Omega-3 adalah:
✅ Hipertensi: Masalah tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan pengambilan garam dan lemak transfat yang berlebihan. Bagi memastikan amalan pemakanan yang lebih sihat, kita bolehlah menggantikan hidangan daging dengan hidangan ikan bagi suatu menu makan utama. Ini kerana kandungan omega-3 yang tinggi dalam produk ikan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
✅Hiperkolestrolemia: Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida dan pada masa yang sama ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.
✅ Kanser: Omega-3 juga dikaitkan dengan pencegahan beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.
✅ Perkembangan minda anak semenjak kandungan.
Omega-3 daripada kelas DHA (Docohexanoic acid) dan EPA (Eicosapentanoic acid) amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak semenjak dalam kandungan. Ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu wanita hamil dan menyusukan anak sangat dicadangkan untuk mengamalkannya.
✅ Selain itu Omega 3 dicadangkan untuk kesuburan, pencegahan masalah berkaitan mental seperti dementia (nyanyuk) dan kemurungan, mencegah kejadian strok (angin ahmar), mengurangkan risiko diabetes (kencing manis) dan mencegah arthritis (sakit pada sendi).
7. Pada masa ini, terdapat pelbagai suplemen omega-3 di pasaran terutamanya dalam bentuk suplemen minyak ikan. Ia dicadangkan untuk golongan yang mempunyai masalah di atas terutama yang tidak mendapat hidangan ikan setiap hari seperti yang dicadangkan.
Rujukan :
1. Omega-3 fatty acids: a comprehensive review of their role in health and disease. Postgraduate Medical Journal. Volume 85, Issue 1000.
2. American Heart Association (AHA). 2002. Circulation. Scientific Statements: Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids and cardiovascular diseases.
Dapatkan Fish Oil Needs Venue yang bersaiz lebih kecil dari dalam pasaran, sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak 1 biji, dewasa 3 biji. Boleh klik link di bawah :
[FAMILY PACK] – 3 UNIT NV FISH OIL !! SAVE RM15 !! – Needs Venue