PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN Suplemen asid lemak Omega-3 dapat mencegah dan mempertahankan perkembangan penyakit osteoarthritis. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Bristol, United Kingdom, yang diterbitkan di journal Osteoarthritis and Cartilage, diet atau suplemen yang mengandungi omega-3 dapat merendahkan kebarangkalian mendapat penyakit osteoarthritis dan memperlahankan proses penyakit ini menjadi semakin teruk. Kajian itu memberitahu bahawa omega-3 menghalang kerosakan tulang rawan (cartilage) yang berfungsi menyerap hentakan ketika kita berjalan dan berlari. Bagi individu yang obese, berat badan yang berlebihan menyebabkan tulang ini menipis dan tidak dapat menghasilkan …
Read More »Omega 3
DOKTOR, APA MANFAAT OMEGA 3?
1. Ramai yang menyangka semua lemak dan lemak berbahaya. Namun terdapat lemak sihat yang perlu kita perolehi dari makanan dan suplemen kerana ia tidak dibentuk oleh tubuh kita. Antaranya minyak ikan yang mengandungi Omega 3. 2. Omega-3 adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat) yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian. 3. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu :✅Alpha-linolenic acid (ALA)✅Eicosapentanoic acid (EPA)✅Docosahexanoic acid (DHA). Namun DHA dan EPA adalah dua komponen penting yang perlu kita perhatikan ketika memilih suplemen minyak ikan. 4. Omega-3 …
Read More »