UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ)

UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ) Mungkin kita risau tentang menghadapi risiko serangan jantung yang tinggi dalam masa terdekat kerana tahap kolesterol jahat kita sentiasa tinggi melebihi 10 tahun. Ada satu ujian yang membantu menilai risiko in, dengan membuat pemeriksaan USKJ. Ujian ini pun dibuat segera jika terdapat tanda-tanda serangan jantung. Dalam ujian ini imbasan CT digunakan untuk mengukur jumlah plak terkalsifikasi (plak yang menjadi batu) dalam saluran arteri koronari. Plak kolesterol yang terkumpul di dalam arteri koronari ini sering bergabung dengan kalsium ke dalam plak. Ini membawa kepada pengerasan arteri dan akhirnya boleh menyebabkan penyumbatan yang akan memotong bekalan oksigen …

Read More »

IBU HAMIL DAN SAKIT LUTUT

1. Biasanya sakit lutut yang berlaku pada ibu yang hamil disebabkan oleh masalah yang dinamakan osteoarthritis.   2. Osteoarthritis (OA) adalah masalah keradangan pada bahagian sendi lutut akibat penipisan tulang rawan yang berlaku secara beransur-ansur.   3. Ia menyebabkan rasa sakit dan sukar membengkok lutut sepenuhnya.   4. Ia berlaku akibat : a. Pertambahan berat badan ketika hamil akibat penyimpanan air dalam tubuh atau water retention dan perkembangan bayi dalam rahim. Ini meningkatkan tekanan pada sendi lutut dan sendi lain seperti pinggul, dan pergelangan kaki. b. Perubahan hormon terutama di akhir kehamilan menyebabkan ligamen dan tendon di seluruh tubuh menjadi …

Read More »

JERAWAT DI BELAKANG TUBUH

1. Jerawat boleh berlaku pada kulit pada mana-mana bahagian tubuh tetapi ramai yang tidak menyedari mereka mengalami jerawat di belakang tubuh.   2. Jerawat berpunca apabila liang kelenjar pada kulit menjadi tersumbat dengan minyak, sel kulit mati dan habuk.   3. Seterusnya sumbatan ini dijangkiti bakteria Propionibacterium acnes (P. acnes)   4. Jarang mandi selepas beraktiviti dan cuaca panas berpeluh, menjadi sebab utama seseorang itu mudah mengalami masalah ini.   5. Di klinik doktor akan memberikan beberapa jenis ubat, antaranya: a. Antibiotik oral atau sapub. Kream benzoil peroksidac. Kream retinold. Kream isotretinoin   6. Selain itu pengambilan vitamin C, vitamin …

Read More »

MINERAL AJAIB UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

1. Magnesium ialah mineral yang memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. 2. Walaupun ia boleh diperolehi melalui diet seimbang, ramai individu tidak mengambil makanan yang kaya dengan magnesium yang mencukupi. Mengapa pengambilan magnesium sangat penting? 3. Magnesium terlibat dalam lebih 600 tindak balas biokimia dalam tubuh. Ia adalah co-factor dalam sistem enzim yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga, sintesis DNA dan sintesis protein. 4. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi otot dan saraf, mengawal tekanan darah, dan menyokong sistem daya tahan yang kuat. 5. Selain kalsium, magnesium adalah mineral penting untuk mengekalkan tulang yang …

Read More »

APA ITU PEMBENGKAKAN KELENJAR LIMFA?

1. Kelenjar limfa, atau dikenali juga sebagai nodus limfa adalah rangkaian kelenjar yang kecil, bulat dan berada di serata di seluruh badan kita.   2. Ia adalah sebahagian dari sistem daya tahan kita yang diperlukan untuk memerangi jangkitan dan penyakit. Oleh itu jika kelenjar bengkak bermakna ada jangkitan kuman.   3. Kelenjar ini berada di bawah kulit di serata tubuh kita. Antaranya di : a. Dalam ketiakb. Di bawah rahangc. Di leherd. Pangkal pahae. Di atas tulang selangka   4. Pembengkakan kelenjar ini datang bersama tanda jangkitan kuman, seperti rasa sakit pada kelenjar, demam, batuk, selsema, dan ada luka pada …

Read More »

APA KEBAIKAN YOGURT DAN BERAPA BANYAK AMBIL YOGURT DALAM SEHARI?

1. Pengambilan yogurt tanpa gula dan tanpa perasa sewaktu berbuka puasa atau waktu makan (eating phase) ketika melakukan diet Intermittent Fasting adalah digalakkan. 2. Ini akan mengurangkan rasa cepat lapar dengan meningkatkan pengambilan protein dan kalsium dalam makanan. 3. Yogurt merupakan sumber probiotik atau bakteria baik dalam perut dan usus. Dengan ini ia dapat meningkatkan kemampuan usus menyerap makanan, dan juga mencegah sembelit. 4. Selain itu yogurt adalah sumber kalsium yang baik. 5. Yogurt dapat mengurangkan risiko kekembungan perut akibat masalah lactose intolerance atau alahan pada protein susu. Jadi ia adalah terbaik bagi pengambilan susu dikalangan mereka yang mempunyai masalah …

Read More »

KUDAPAN UNTUK PESAKIT DIABETES YANG INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN

Terdapat beberapa jenis kudapan yang boleh diambil oleh pesakit diabetes pada waktu petang.   👉 Coklat gelap (dark chocolate) 1. Coklat gelap mempunyai rasa sedikit pahit tetapi ia cara yang sihat untuk memenuhi rasa manis penghidap diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan. 2. Coklat gelap kaya dengan flavonoid, sejenis sebatian tumbuhan yang bagus untuk pesakit diabetes. 3. Cari coklat gelap mempunyai sekurang-kurangnya 70% koko. (Minuman keto-koko OLEVAGREEN mengandungi 80% koko).   👉 Buah Pir 1. Buah Pir adalah buah yang mengandungi serat yang banyak. 2. Serat melambatkan penyerapan gula dengan itu menstabilkan paras gula dalam darah selepas makan. …

Read More »

APA BEZA TEKANAN DARAH RENDAH DAN KURANG SEL DARAH MERAH?

1. Tekanan darah rendah adalah keadaan yang terjadi apabila tekanan dalam saluran darah lebih rendah dari 90/60 mmHg. 2. Sementara kurang sel darah merah atau anemia terjadi apabila tubuh tidak mengeluarkan sel darah merah secukupnya. Ia diketahui dengan melihat bacaan kekurangan hemoglobin (hb) dalam keputusan pemeriksaan darah. 3. Bagi wanita dewasa, kadar normal hemoglobin adalah 12 -16 g/dl sedangkan pada lelaki dewasa adalah 13.5 – 18 g/dl. 4. Kedua-nya keadaan ini akan menyebabkan tanda-tanda awal yang sama. Padahal, keduanya disebabkan oleh faktor yang berbeza, dan cara merawatnya juga berbeza. 5. Kedua-dua masalah tekanan darah rendah dan kurang darah merah menunjukkan …

Read More »

PERBEZAAN ANTARA GULA PUTIH, DAN GULA PERANG?

1. Gula perang sebenarnya adalah gula putih yang dicampurkan 3-5% molasses. Molasses adalah kerak gula yang terhasil ketika penghasilan gula putih.   2. Kandungan peratus molasses menentukan warna gula perang. Semakin banyak molasses yang ditambah, semakin gelap gula perang.   3. Dalam gula putih terdapat sukrosa (94.75%) sementara dalam gula perang terdapat sukrosa (89.94%). Terdapat lebih banyak vitamin dan mineral dalam gula perang (yang berasal dari molasses tadi) berbanding dengan gula putih (tiada molasses).   4. Selain itu gula perang sedikit kurang manis dan nilai kalorinya kurang sedikit berbanding dengan gula putih.   5. Setiap 100 gram gula perang mengandungi …

Read More »

APAKAH SENDI BERBUNYI TANDA BAHAYA?

1. Kita selalu mendengar sendi mengeluarkan bunyi “krek” ketika meluruskan sendi pada tubuh.   2. Bunyi ini dalam bahasa perubatan dinamakan “crepitus”.   3. Selalu terjadi bila kita melakukan : a. Meluruskan sendi-sendi jari. b. Meregangkan tubuh terutama bahagian pinggang. c. Meluruskan sendi lutut bila kita berubah posisi duduk kepada posisi berdiri. d. Menggerakkan bahu e. Memutarkan pergelangan tangan atau kaki. f. Menggerakkan kepala.   4. Pergerakan ini mengeluarkan bunyi dengan lebih ketara apabila kita semakin meningkat umur.   5. Jangan risau, ia adalah normal dan tidak berbahaya.   6. Ia menjadi tidak normal dan merupakan tanda awal suatu penyakit …

Read More »

APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH DI KALANGAN WARGAMAS

1. Secara purata, tekanan darah di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120/80 mmHg. Sementara itu tekanan darah yang Normah lebih rendah dari 135/85 mmHg.   2. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.   3. Sesetengah orang mengalami tekanan darah rendah sepanjang masa. Mereka tidak mengalami sebarang gejala tekanan darah rendah.   4. Bagi individu lain pula, mereka mengalami rasa pening, sakit kepala, loya, muntah, cepat penat dan mungkin pitam dan pengsan.   5. Terdapat dua jenis utama tekanan darah rendah yang biasa berlaku dikalangan wargamas.     👉 TEKANAN DARAH RENDAH …

Read More »

APA ITU STEVIA?

1. Stevia (Stevia rebaudiana Bertoni) adalah sejenis herba daripada keluarga Asteraceae. Ia berasal daripada Paraguay, di mana ia tumbuh secara liar di tanah berpasir.   2. Daun Stevia rebaudiana mengandungi pemanis tanpa gula dan tanpa kalori, di mana penggunaannya boleh memberi kesan yang baik terhadap kesihatan manusia.   3. Ekstrak daun Stevia rebaudiana telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai rawatan alternatif dan tradisional dalam rawatan diabetes.   4. Komponen pemanis yang utama dalam daun Stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan antioksidan, anti-mikrob dan anti-kulat.   5. Stevioside dan rebaudioside A merupakan komponen pemanis yang utama, di mana kesan pemanis masing-masing …

Read More »

APA ITU DARK CHOCOLATE (COKLAT GELAP)?

1. Secara umumnya coklat yang dijual di pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu coklat gelap, coklat susu dan coklat putih. 2. Coklat gelap adalah pilihan terbaik kerana baik untuk kesihatan tetapi ambillah dalam kuantiti yang sederhana. Kuantiti yang dicadangkan 65 gram sehari. 3. Coklat hitam mengandungi antioksida dari kumpulan flavonoid yang bagus untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah selain merendahkan risiko masalah pembekuan darah. 4. Kajian menunjukkan memakan coklat gelap mengikuti kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara. 5. Coklat gelap mampu menjadikan kulit berseri dan mengekalkan awet muda …

Read More »

APA ITU MELATONIN?

Melatonin adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal, iaitu kelenjar di dalam otak. Ia berfungsi dalam mengatur pola tidur. Pada malam hari, tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin untuk membantu kita tertidur. Pada waktu siang hari, tidak banyak melatonin yang dihasilkan, menyebabkan kita tetap berjaga.Kekurangan penghasilan hormon ini akan menimbulkan gangguan tidur. Ia mungkin disebabkan faktor usia yang meningkat, penyakit metabolik, terdedah pada radiasi elektromagnetik, dan terdedah pada cahaya dari lampu ketika mahu tidur. Selain dihasilkan secara semulajadi, suplemen melatonin boleh diambil apabila tahap melatonin semakin rendah. Suplemen melatonin diambil untuk membantu mengatasi berbagai masalah tidur, antaranya: 1. Delayed Sleep-Wake …

Read More »

JANGKITAN INFLUENZA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Tadi dapat berbual dengan seorang sahabat doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan salah satu hospital swasta di KL.   Katanya terdapat banyak kes jangkitan Influenza yang menyebabkan katil-katil di hospital tempat beliau bertugas penuh. Begitu juga dengan kebanyakan hospital lain.   Flu atau ‘influenza’, merupakan penyakit saluran pernafasan yang mudah berjangkit dan berpunca daripada virus influenza A atau B. Setiap tahun, terdapat beribu-ribu kes jangkitan virus influenza di Malaysia.   Gejala bagi jangkitan Influenza adalah : 1. Demam2. Batuk3. Hidung berhingus atau tersumbat4. Sakit tekak5. Sakit otot 6. Sakit kepala 7. Keletihan   Kanak-kanak yang mempunyai sistem daya tahan tubuh …

Read More »

MENCAIRKAN SUSU ELAKKAN SEMBELIT

Saya tidak setuju jika ada cadangan untuk mencairkan susu formula yang diberikan kepada anak-anak semata-mata untuk mengelakkan sembelit.   Setiap susu formula yang disediakan di pasaran mempunyai sukatan tersendiri mengikut umur bayi.   Jika ia dicairkan , ia akan mengganggu kandungan protein, kalsium, vitamin yang patut diberikan pada anak itu.   Ia tidak membantu mengurangkan masalah sembelit. Masalah sembelit kebanyakannya berpunca dari pemakanan dan pelbagai punca yang lain.   Jangan cairkan susu formula. Jika bayi telah melebihi setahun, berikan air mineral dan jus sebagai tambahan kepada susu yang diberikan untuk membekalkan air yang cukup untuk tubuh anak bagi mengelakkan sembelit. …

Read More »

APAKAH RAWATAN UNTUK DEMAM DENGGI?

1. Masih tiada rawatan atau ubat khas untuk demam denggi. 2. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. 3. Pesakit akan diberikan ubat demam paracetamol untuk mengurangkan demam dan dinasihatkan berehat. 4. Pesakit juga digalakkan minum air mineral sekurang-kurangnya 2L sehari. 5. Pesakit boleh amalkan jus daun betik atau sup ketam sebagai rawatan sampingan. Jus jambu batu juga bagus kerana mengandungi vitamin C yang tinggi. 6. Ambil vitamin C, vitamin D dan Zink (IMMUNE BOOSTER) untuk meningkatkan sistem ketahanan diri agar keadaan tidak bertambah teruk. 7. Selain itu boleh ambil vitamin E dan vitamin …

Read More »

BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN?

Kebanyakan kita minum kopi untuk kekal cergas sepanjang hari dan mengelakkan rasa mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi kafein (caffein) iaitu sejenis bahan perangsang. Kafein juga terdapat pada teh serta buah koko. Apa kesan jika kita berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba terutama bagi orang yang biasa minum kopi yang berkafein tinggi setiap pagi? Kafein boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok, arak dan dadah tetapi ketagihan ini tidaklah terlalu teruk. Antara tanda-tanda ketagihan itu apabila kita tidak minum kopi setiap pagi, kita akan mengalami : Pening kepala Keletihan Kegelisahan Sukar untuk fokus Mood tidak menentu Mudah rasa marah …

Read More »

RASA SAKIT DAN TERDAPAT BENJOLAN DI BELAKANG LUTUT. ITU MUNGKIN TANDA BAKER CYST

1. Baker cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa di belakang lutut terutama bila melipat atau meluruskan kaki. 2. Ia bermula apabila tulang rawan pada sendi lutut mengalami keradangan selalunya akibat kecederaan. Ini menyebabkan sendi lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair dan menyebabkan pembentukan Baker Cyst. 3. Ia berada di belakang lutut menyebabkan rasa tidak selesa dan rasa sakit dan terasa ada benjolan lembut. 4. Selalunya berlaku pada wanita berusia 40 tahun ke atas, tetapi orang lelaki pun boleh mengalaminya juga 5. Selain dari pemeriksaan fizikal, saya mencadangkan pemeriksaan lanjut bagi memastikan masalah ini.Antaranya adalah …

Read More »

MANFAAT ROTI SOURDOUGH

MANFAAT ROTI SOURDOUGH 1. Roti sourdough adalah alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. 2. Ia dibuat dari tepung yang telah difermentasi dengan lactobacilli dan ragi. Ini membuatkan roti akan mengembang dan menyebabkan rasa yang khas. 3. Kandungan probiotik dalam roti sourdough ini menyebabkan lebih sihat terutama untuk kesihatan perut dan usus. 4. Bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini menggunakan tepung, ragi dan sedikit gula. Tiada pengawet dan pewarna digunakan. Jadi ia lebih baik. 5. Meskipun roti sourdough sering dibuat dari tepung yang sama dengan jenis roti lainnya, tetapi proses fermentasi telah meningkatkan nutrisinya. Antara manfaat roti ini :  …

Read More »

APA ITU UJIAN DARAH CA 19-9 ?

1. Ujian ini adalah ujian yang mengukur kepekatan protein CA 19-9 (kanser antigen 19-9) dalam darah. Ia dikeluarkan oleh sel-sel kanser atau sel-sel normal yang menentang sel-sel kanser ini. 2. Ia sebahagian dari penunjuk kanser jika kepekatannya tinggi. Selalunya kanser pankreas. 3. Bagi orang yang normal, kepekatannya rendah. Namun ia mungkin tinggi pada pesakit yang mempunyai masalah yang bukan berkaitan dengan kanser seperti batu dalam hempedu atau keradangan pankreas (pancreatitis) atau parutan dalam hati (cirrhosis of liver). 4. Oleh itu ia bukannya satu-satunya cara untuk mendiagnosa kanser pankreas. Pemeriksaan pengimejan seperti ultrasound, CT-Scan atau MRI boleh dilakukan untuk mengesahkannya. 5. …

Read More »

CO-ENZYME Q10 MEMBANTU MEMPERBAIKI KUALITI SPERMA

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya sudah berkahwin 3 tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan air mani mendapati bilangan sperma saya tidak mencukupi. Doktor yang merawat mencadangkan saya mengambil co-enzyme Q10. Benarkah ia membantu meningkatkan bilangan sperma saya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Bilangan sperma yang normal seharusnya melebihi 20 juta sperma dalam setiap ml air mani. Jika saudara mengalami masalah ini, boleh lakukan tips berikut: 1. Turunkan berat badan kepada berat yang ideal. 2. Kurangkan merokok 3. Jauhi toksin persekitaran seperti pembunuh serangga dan asap kereta. 4. Hentikan minum alkohol. 5. Ambil makanan yang bernutrisi. 6. Pastikan penyakit …

Read More »

APA ITU ECG?

1.  ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram. 2. Ia merupakan satu prosedur yang tidak menyakitkan untuk mengukur aktiviti elektrik dalam organ jantung. 3. Mereka yang mengalami sakit dada atau degupan jantung yang laju akan diperiksa menggunakan alat ini. 4. Dengan ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh diberikan. 5. Prosedurnya agak mudah. 👉🏻 Setelah membuka baju dan mendedahkan dada serta berbaring, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda. 👉🏻 Keputusan akan dicetak pada kertas khas ECG. 👉🏻 Doktor akan mentafsir graf keputusan ECG ini. 6. Selain …

Read More »

LAPAN SEBAB BIASA MENGAPA KITA RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN

1. ANDA SEORANG PEREMPUAN Selalunya ramai yang selalu tak tahan sejuk ni adalah di kalangan perempuan. Secara umumnya orang lelaki akan berasa selesa pada suhu 22 darjah Celsius. Manakala orang perempuan pula pada suhu 24.8 darjah Celsius untuk berada dalam keadaan yang sama. 2. ANDA TERLALU KURUS Kalau kurang berat badan, (BMI lebih kurang 18.5 atau kurang) mempunyai lapisan lemak yang kurang untuk membaluti tubuh. Mereka mudah berasa sejuk. 3. ANDA TAK CUKUP TIDUR Dalam satu kajian Sleep Journal menunjukkan jika seseorang tidak tidur satu malam saja, tubuh anda akan lebih mudah kehilangan haba. 4. ANDA KEKURANGAN ZAT BESI Mereka …

Read More »

ADA APA DENGAN SENDAWA?

Sendawa adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk mengeluarkan gas dari perut bagi mengurangkan rasa tidak selesa dan mengelakkan kekembungan. Kajian menunjukkan individu normal boleh mengalami sendawa sehingga 30 kali dalam sehari. Punca berlaku sendawa boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan. Masalah kesihatan ini dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati atau ‘gastro-esophageal reflux disease’ (GERD). GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus. Sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama, dinding esofagus akan terdedah kepada keadaan yang dinamakan ‘barrett’s oesophagus’. Barrett’s eosophagus ialah perubahan …

Read More »

KEBAIKAN MENGAMBIL BAWANG PUTIH

Bawang putih juga dikenali dengan nama latin Allium sativum. Dalam 100 gram bawang putih mengandungi: 4 kalori 1 gram karbohidrat 0.2 gram protein 0.1 gram serat 0.9 miligram vitamin C 5.4 miligram kalsium 0.4 mikrogram selenium Sebahagian antioksida seperti flavonoid. Bawang putih mengandungi phytonutrien yang kaya dengan sebatian sulfur aktif seperti alliin, allyl propyl disulfide, dialil disulfida, dan dialil trisulfida. Bawang putih mentah dikunyah dalam mulut atau dipotong, zat-zat sulfur tersebut akan membentuk allicin. MANFAAT BAWANG PUTIH 1. MENURUNKAN TAHAP KOLESTEROL Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Postgraduate Medicine melaporkan bahawa pengambilan 10 gram bawang putih mentah setiap hari membantu …

Read More »

BERAS YANG DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENYEBABKAN KITA SIHAT?

Sebelum kita memilih beras, elok kita faham tentang Glisemik Indeks (GI). Untuk menurunkan berat badan dan sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI. GI Tinggi : 70-100 GI Sederhana : 56 – 69 GI Rendah : 0 – 55 GI menunjukkan berapa cepat glukosa masuk ke dalam darah setelah dihadamkan. Semakin tinggi GI semakin cepat gula masuk ke dalam darah. Ia juga akan meningkatkan tahap insulin dan sukar untuk kita menurunkan berat badan. Ini adalah senarai GI untuk setiap jenis beras secara mudah diingati. Beras Pulut : GI 94 Beras Jasmine : GI 100 (Tinggi) Beras Hancur : GI …

Read More »

TIPS MENGURANGKAN SEDU

SEDU berlaku secara semula jadi apabila badan cuba mengeluarkan udara yang terkumpul dalam perut. Jika udara ini dibiarkan berkumpul, ia memberikan rasa kekembungan dalam perut. Ia mungkin berlaku apabila kita mengambil makanan yang pedas atau masam. Makanan yang mempunyai kanji yang tinggi seperti ubi, kentang, keledek dan keladi juga boleh menyebabkan pengumpulan udara dalam perut. Begitu juga dengan kacang dan kekacang. Makan dengan cepat juga boleh mengundang sedu. Selamat ia berlaku untuk jangkamasa yang singkat, namun adakalanya ia berlaku pada jangkamasa yang lama. Sedu yang tidak berhenti boleh menyebabkan rasa penat dan tidak selesa. Saya kongsikan petua untuk mengatasi sedu. …

Read More »

APAKAH PENYAKIT KAWASAKI?

Penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.   Lebih kurang 75% pesakit penyakit Kawasaki terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, kebanyakannya lelaki, dan ia penyebab paling biasa untuk penyakit jantung di kalangan kanak-kanak.   Kesan daripada keradangan ini, ia juga akan membunuh sel otot di bahagian salur darah menyebabkan dinding salur darah tersebut menjadi lemah.   Perkara ini akan menyebabkan dinding salur darah yang terlibat membesar seolah-olah seperti belon. Keadaan ini dipanggil sebagai aneurysm.   Darah yang terkumpul dalam aneurysm pula akan membeku disebabkan struktur salur darah tersebut yang …

Read More »

APAKAH KESAN PENGGUNAAN GULA?

Pengurangan penggunaan gula boleh menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan. Satu sudu teh gula membekalkan 20 kCal. 1. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kCal. Jika tidak digunakan, 140 kCal tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dari makanan dan minuman …

Read More »

MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH

Meningkatkan metabolisme tubuh dapat membantu kita menurunkan berat badan atau menjadi kurus dengan lebih mudah.   Metabolisme adalah kadar tenaga yang digunakan untuk mengekalkan keadaan hidup sel-sel tubuh.   Meningkatkan metabolisme bermakna kita meningkatkan tahap penghasilan tenaga berbanding dalam keadaan biasa.   Ia menyebabkan tahap gula dapat dikawal dengan lebih baik di kalangan pesakit diabetes.   Terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme.   1. Makan makanan yang segar dan bernutrisi Ini akan meningkatkan penghasilan tenaga sama ada kita aktif atau berehat. Makan sayur dan buah.   2. Terdedah dengan cahaya matahari Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi akan menyebabkan …

Read More »

MABUK DAN MUNTAH KETIKA HAMIL

Kebanyakan wanita hamil mengalami “alahan mengandung” atau dikenali sebagai “morning sickness”. Tidak semua wanita hamil mengalaminya. Ia berlaku sekitar enam minggu kehamilan. Kebanyakannya akan berakhir pada usia kehamilan 12 hingga 16 minggu. Ia boleh berlaku pada waktu pagi, siang atau malam. Ia berpunca dari perubahan hormon yang berlaku di awal kehamilan. Wanita hamil anak kembar biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, walaupun ada di antara mereka yang tidak mengalaminya. Antara faktor yang mencetus morning sickness adalah: 1. Wangian atau bauan seperti minyak wangi, kopi atau asap rokok 2. Bau masakan atau menggoreng 3. Berasa sangat letih 4. Perasaan gelisah atau …

Read More »

ISU KANAK-KANAK TERBANTUT TUMBESARAN

Bantut di kalangan kanak-kanak berlaku apabila ketinggian dan berat yang dialami tidak mengikut umur mereka. Ini berpunca dari pengambilan makanan tidak seimbang dalam diet seharian bagi satu tempoh lama terutama di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 merekodkan bilangan kanak-kanak bantut meningkat kepada 21.8 peratus berbanding 20.7 peratus atau 503,723 orang pada 2016. Ini bermakna satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia adalah bantut. Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah bantut ialah faktor baka, di mana kanak-kanak yang bantut sering dilahirkan apabila ibu mempunyai ketinggian kurang daripada 150 sm dan bapa yang …

Read More »

CARA PENJAGAAN PESAKIT KANAK-KANAK YANG DIJANGKITI HFMD

Jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Namun penyakit ini selalunya baik dengan sendiri antara 7-10 hari, kecuali kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan. Doktor tidak memberikan antibiotik kerana ini jangkitan virus. Biasanya doktor memberikan ubat paracetamol untuk meredakan demam, ubat antihistamin untuk mengurangkan rasa gatal dan ubat sapu sama ada dalam bentuk cream atau lotion. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita risau melihat keadaan anak kita walaupun penyakit ini tidak berbahaya. Oleh kerana ia mudah merebak, penjagaan yang rapi perlu diberikan oleh ibubapa supaya anak-anak terhindar dan cepat sembuh setelah dijangkiti oleh HFMD. Paling penting kebersihan diri anak-anak itu dan …

Read More »

PENDARAHAN HIDUNG DI KALANGAN KANAK-KANAK

Kebanyakan pendarahan hidung berlaku di kalangan kanak-kanak akan berhenti dengan sendirinya.   Ini selalunya berlaku disebabkan oleh trauma (seperti jatuh dan cedera hidung), korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kering.   Walau bagaimanapun pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti mungkin boleh berlaku dan memerlukan rawatan perubatan.   Ini biasanya di sebabkan oleh gangguan pembekuan darah, tumor, ubat-ubatan (contohnya warfarin atau ubat antikoagulan yang lain( ubat yang menghalang pembekuan darah) dan trauma yang teruk.   Apabila kanak-kanak mengalami pendarahan hidung, minta mereka duduk tegak dan membongkok sedikit kehadapan untuk mengelak darah daripada mengalir ke tekak.   Picit hidung mereka …

Read More »

APA ITU LIPOMA?

Ia adalah ketulan berbentuk bulat bersaiz kecil atau besar yang berada antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa. Orang dewasa, seawal usia 25 tahun berisiko mendapat lipoma manakala lebih kerap berlaku pada individu berumur 35 tahun ke atas. Ia terbentuk daripada sel lemak dan boleh tumbuh dan membesar bersaiz satu hingga tiga sentimeter kemudian ia membesar secara perlahan setiap bulan atau tahun. Ia tidak terasa sakit apabila ditekan. Ia biasa terbentuk pada tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan seperti tiroid, kelenjar adrenal, pankreas dan kelenjar paratiroid. Walaupun pun …

Read More »
error: Content is protected !!