MENCAIRKAN SUSU ELAKKAN SEMBELIT

Saya tidak setuju jika ada cadangan untuk mencairkan susu formula yang diberikan kepada anak-anak semata-mata untuk mengelakkan sembelit.

Setiap susu formula yang disediakan di pasaran mempunyai sukatan tersendiri mengikut umur bayi.

Jika ia dicairkan , ia akan mengganggu kandungan protein, kalsium, vitamin yang patut diberikan pada anak itu.

Ia tidak membantu mengurangkan masalah sembelit. Masalah sembelit kebanyakannya berpunca dari pemakanan dan pelbagai punca yang lain.

Jangan cairkan susu formula. Jika bayi telah melebihi setahun, berikan air mineral dan jus sebagai tambahan kepada susu yang diberikan untuk membekalkan air yang cukup untuk tubuh anak bagi mengelakkan sembelit.

 

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara :

https://www.needsvenue.com.my/collections/herbal-food-suplements-from-ibd-utm/products/virgin-coconut-oil-400ml-keluaran-ibd-utm

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!