Kebanyakan wanita hamil mengalami “alahan mengandung” atau dikenali sebagai “morning sickness”.
Tidak semua wanita hamil mengalaminya.
Ia berlaku sekitar enam minggu kehamilan. Kebanyakannya akan berakhir pada usia kehamilan 12 hingga 16 minggu.
Ia boleh berlaku pada waktu pagi, siang atau malam.
Ia berpunca dari perubahan hormon yang berlaku di awal kehamilan.
Wanita hamil anak kembar biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, walaupun ada di antara mereka yang tidak mengalaminya.
Antara faktor yang mencetus morning sickness adalah:
1. Wangian atau bauan seperti minyak wangi, kopi atau asap rokok
2. Bau masakan atau menggoreng
3. Berasa sangat letih
4. Perasaan gelisah atau risau
Wanita yang mengalami loya dan muntah ringan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk.
Muntah yang teruk akan menyebabkan dehidrasi dan memerlukan rawatan intravenous iaitu memasukkan cecair melalui saluran vena di hospital.
Masalah ini boleh dikurangkan dengan :
1. Makan dan minum, dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari.
2. Minum sedikit air sebaik saja bangun tidur.
3. Elakkan rasa lapar.
4. Elakkan makanan berminyak, pedas atau bergoreng.
5. Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
6. Mengambil teh halia.
7. Mengambil vitamin B-6 25 mg tiga kali sehari.
8. Banyakkan rehat dan kurangkan stress.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz