JANGKITAN INFLUENZA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Tadi dapat berbual dengan seorang sahabat doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan salah satu hospital swasta di KL.

Katanya terdapat banyak kes jangkitan Influenza yang menyebabkan katil-katil di hospital tempat beliau bertugas penuh. Begitu juga dengan kebanyakan hospital lain.

Flu atau ‘influenza’, merupakan penyakit saluran pernafasan yang mudah berjangkit dan berpunca daripada virus influenza A atau B. Setiap tahun, terdapat beribu-ribu kes jangkitan virus influenza di Malaysia.

Gejala bagi jangkitan Influenza adalah :

1. Demam
2. Batuk
3. Hidung berhingus atau tersumbat
4. Sakit tekak
5. Sakit otot
6. Sakit kepala
7. Keletihan

Kanak-kanak yang mempunyai sistem daya tahan tubuh yang baik akan kembali pulih selepas jangkitan dalam masa beberapa hari atau kurang daripada dua minggu.

Tetapi bagi kanak-kanak yang mempunyai sistem daya tahan tubuh yang rendah (terutama yang berusia satu tahun ke bawah) berisiko mengalami komplikasi serius seperti:

1. Jangkitan paru-paru terutamanya pneumonia atau bronkitis
2. Tonsillitis
3. Otitis media
4. Sinusitis
5. Meningitis

Jika tiada masalah sukar bernafas atau tiada demam yang tinggi atau masih aktif, doktor menasihatkan agar duduk di rumah dan dikuarantinkan sehingga sembuh.

Selain itu : 

1. Pastikan anak mendapat rehat yang cukup
2. Ambil ubat paracetamol untuk meredakan demam
3. Minum secukupnya, pastikan air kencing tidak pekat
4. Ubat anti viral adalah tidak wajib diberikan. Ubat antibiotik tidak berkesan untuk jangkitan virus
5. Cuba berikan bubur atau makanan lembut
6. Boleh berikan suplemen IMMUNEEDZ yang mengandungi vitamin C, vitamin D dan Zink
7. Pastikan ambil makanan yang bernutrisi

Semoga bermanfaat.

 

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

 

 

[IKLAN]

Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap sebarang jangkitan dengan Set Anak Sihat. Sila klik pada gambar di bawah :

Leave a Reply

error: Content is protected !!