Advertorial
Home » Koleksi Artikel » #gula » APAKAH KESAN PENGGUNAAN GULA?

APAKAH KESAN PENGGUNAAN GULA?

APAKAH KESAN PENGGUNAAN GULA?

 

Pengurangan penggunaan gula boleh menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.

Satu sudu teh gula membekalkan 20 kCal.

1. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kCal. Jika tidak digunakan, 140 kCal tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak.

Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak.
Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!.

Ini belum ditambah dari makanan dan minuman yang lain.

2. Untuk membakar 140 kCal, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.

3. Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kCal sehari, 560 kCal seminggu atau 2240 kCal sebulan.

Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.

Oleh itu dalam perkongsian diet, saya menyarankan untuk tidak mengambil gula tambah ini. Jika tidak mampu boleh gunakan Stevia bagi mengurangkan rasa craving (ketagihan) pada gula.

Semoga bermanfaat.

#dietdrzubaidi

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: