APA ITU MELATONIN?

Melatonin adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal, iaitu kelenjar di dalam otak. Ia berfungsi dalam mengatur pola tidur.

Pada malam hari, tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin untuk membantu kita tertidur. Pada waktu siang hari, tidak banyak melatonin yang dihasilkan, menyebabkan kita tetap berjaga.

Kekurangan penghasilan hormon ini akan menimbulkan gangguan tidur. Ia mungkin disebabkan faktor usia yang meningkat, penyakit metabolik, terdedah pada radiasi elektromagnetik, dan terdedah pada cahaya dari lampu ketika mahu tidur.

Selain dihasilkan secara semulajadi, suplemen melatonin boleh diambil apabila tahap melatonin semakin rendah. Suplemen melatonin diambil untuk membantu mengatasi berbagai masalah tidur, antaranya:

1. Delayed Sleep-Wake Phase Syndrome Disease (DSWPD)

Pesakit DSWPD mengalami rasa sukar tidur pada malam hari dan sukar untuk bangun di pagi hari. Mereka biasanya hanya boleh tidur pada pukul 2–6 pagi dan bangun semula antara jam 10 pagi hingga 1 petang.

Pesakit DSWPD tidak mendapatkan waktu tidur yang cukup, kerana mereka perlu bangun pada waktu pagi hari untuk bekerja. Pengambilan suplemen melatonin dapat membantu mereka untuk tidur lebih awal.

2. Insomnia

Ia meningkatkan kualiti tidur dan membuat pesakit insomnia lebih mudah terlelap dan memulakan tidur.

Dalam satu kajian menunjukkan bahawa suplemen melatonin juga dapat memperbaiki masalah tidur di kalangan gangguan mental dan saraf otak, seperti kemurungan, skizofrenia, epilepsi, dan autisme.

3. Jet lag

Jet lag berlaku apabila kita melakukan perjalanan jauh menggunakan kapal terbang sehingga menyebabkan kita merasa tidak sedap badan, sukar untuk tidur, lebih mudah mengantuk di siang hari, sakit kepala, dan sukar untuk fokus kepada pekerjaan.

4. Gangguan tidur akibat kerja shift

Orang yang bekerja shift pada malam hari sering kali mengalami sulit tidur. Beberapa kajian menunjukkan bahawa suplemen melatonin dapat meningkatkan kualiti tidur pada siang hari di kalangan orang yang bekerja pada shift malam.

Selain untuk mengatasi gangguan tidur, suplemen melatonin juga dipercaya memberikan manfaat lain, di antaranya:

1. Meredakan rasa sakit terutamanya sakit otot dan sakit senggugut
2. Menurunkan tekanan darah pada pesakit hipertensi
3. Mengurangkan rasa cemas dan risau di kalangan pesakit Anxiety Disorder.
4. Memelihara kesihatan dan fungsi mata
5. Meredakan gejala tinnitus
6. Membantu mengubati masalah perut.
7. Meningkatkan sistem daya tahanan tubuh melawan virus dan bakteria.

Sebelum mengambil suplemen melatonin, dapatkan nasihat doktor.

Semoga bermanfaat.

Boleh dapatkan melatonin dengan wassap saya
www.wassap.my/60197022391/TIDUR

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!