Jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Namun penyakit ini selalunya baik dengan sendiri antara 7-10 hari, kecuali kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
Doktor tidak memberikan antibiotik kerana ini jangkitan virus. Biasanya doktor memberikan ubat paracetamol untuk meredakan demam, ubat antihistamin untuk mengurangkan rasa gatal dan ubat sapu sama ada dalam bentuk cream atau lotion.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita risau melihat keadaan anak kita walaupun penyakit ini tidak berbahaya.
Oleh kerana ia mudah merebak, penjagaan yang rapi perlu diberikan oleh ibubapa supaya anak-anak terhindar dan cepat sembuh setelah dijangkiti oleh HFMD.
Paling penting kebersihan diri anak-anak itu dan tingkatkan sistem imunisasi tubuh dengan pemberian makanan bernutrisi.
Ini bertujuan agar penyakit ini cepat baik dan gejalanya tidak menjadi teruk.
1. Mandi anak dengan sabun yang tidak terlalu beralkali bagi mengurangkan rasa pedih pada luka di badan mereka.
Boleh gunakan sabun Lifebuoy. Gosok pada seluruh tubuh sehingga berbuih. Biarkan selama satu minit sebelum dibilas. Mandi 2-3 kali sehari. Boleh guna jenama sabun yang lain jika dapat menahan rasa pedih ketika mandi.
2. Selepas mandi, keringkan tubuh dengan menekap tubuh anak. Jangan menggosok dengan tuala bimbang kudis akan berdarah atau mengeluarkan lendiran.
3. Bagi kudis atau luka boleh sapukan kream antiseptik. Bagi bahagian yang tiada luka boleh sapu dengan lotion Calamine Zinc Oxide + menthol bagi mengurangkan rasa gatal. Jika tiada gatal, boleh saja sapu dengan dengan Minyak Kelapa Dara bagi mengelakkan kekeringan kulit.
3. Baju, sarung baju dan sarung bantal elok dibasuh 2-3 kali sehari kerana lendiran dari kudis adalah punca kepada jangkitan. Boleh gunakan pencuci pakaian Dettol.
Mop lantai tempat anak bermain setiap hari dengan larutan antiseptik.
4. Jika ada luka dalam mulut, dan anak sukar menelan, galakkan anak minum dengan menggunakan straw. Boleh sapu spray yang ada antiseptik jika luka terlalu pedih.
Makan bubur, campur sedikit daging dan sayuran. Jika mulut terlalu pedih, kisar dan minum menggunakan straw. Jika tidak bubur itu boleh dimakan seperti biasa.
5. Berikan suplemen vitamin C, vitamin D dan Zink untuk meningkatkan sistem daya tahan mereka.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi