Bantut di kalangan kanak-kanak berlaku apabila ketinggian dan berat yang dialami tidak mengikut umur mereka.
Ini berpunca dari pengambilan makanan tidak seimbang dalam diet seharian bagi satu tempoh lama terutama di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun.
Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 merekodkan bilangan kanak-kanak bantut meningkat kepada 21.8 peratus berbanding 20.7 peratus atau 503,723 orang pada 2016.
Ini bermakna satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia adalah bantut.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah bantut ialah faktor baka, di mana kanak-kanak yang bantut sering dilahirkan apabila ibu mempunyai ketinggian kurang daripada 150 sm dan bapa yang mempunyai ketinggian kurang daripada 160sm.
Selain itu faktor penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul juga penting. Tempoh kehamilan sehingga seorang bayi berusia dua tahun adalah tempoh kritikal untuk pertumbuhan dan kesihatan yang optimum.
Kanak-kanak harus diberi minum susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya pada enam bulan pertama kelahiran dan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya berusia setahun. Pengambilan makanan yang sihat perlu diterapkan.
Jika tidak, kanak-kanak mungkin mengalami jangkitan berulang seperti selesema, demam, lelah dan cirit-birit juga boleh menyekat selera mereka.
Masalah bantut sukar dipulihkan selepas kanak-kanak berusia dua tahun.
Kanak-kanak bantut memiliki sistem imun badan sangat lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Ia meningkatkan risiko kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung apabila dewasa nanti.
Semoga bermanfaat.