IBU HAMIL DAN SAKIT LUTUT

 

1. Biasanya sakit lutut yang berlaku pada ibu yang hamil disebabkan oleh masalah yang dinamakan osteoarthritis.

 

2. Osteoarthritis (OA) adalah masalah keradangan pada bahagian sendi lutut akibat penipisan tulang rawan yang berlaku secara beransur-ansur.

 

3. Ia menyebabkan rasa sakit dan sukar membengkok lutut sepenuhnya.

 

4. Ia berlaku akibat :

a. Pertambahan berat badan ketika hamil akibat penyimpanan air dalam tubuh atau water retention dan perkembangan bayi dalam rahim. Ini meningkatkan tekanan pada sendi lutut dan sendi lain seperti pinggul, dan pergelangan kaki.

b. Perubahan hormon terutama di akhir kehamilan menyebabkan ligamen dan tendon di seluruh tubuh menjadi lebih lembut dan longgar supaya memudahkan proses kelahiran. Ini menyebabkan sendi lutut menjadi lembut dan longgar dan mudah berasa sakit jika banyak buat pergerakan fizikal.

c. Terlalu banyak melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat atau mungkin setakat kerap menaiki tangga.

d. Kekurangan lendiran dalam sendi lutut akibat kekurangan lemak sihat dan nutrisi dalam pemakanan.

 

5. Antara petua yang boleh diamalkan :

a. Rehat yang mencukupi
b. Minum air kosong secukupnya
c. Lakukan senaman regangan dan senaman membengkokkan sendi lutut secara perlahan-lahan.
d. Tidak terlalu aktif menggunakan sendi lutut.
e. Ambil makanan yang kaya dengan ikan (omega 3), sayur-sayuran dan buah.
f. Dapatkan suplemen vitamin C, vitamin E,, dan Omega 3. Rujuk dengan doktor sebelum mengambilnya.
g. Lakukan urutan terutama otot di sekitar sendi lutut menggunakan minyak kelapa dara.

 

6. Akhir sekali kurangkan pengambilan ubat tahan sakit NSAIDS ketika hamil kecuali benar-benar sakit dan mendapat kebenaran doktor.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi
#PetuakehamilanDrZubaidi

 

Ingin dapatkan Nutriforte Fish Oil yang tinggi dengan DHA, EPA dan Omega 3, boleh klik link di bawah : 

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/fish-oil-ds-1200mg-100-softgels-

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!