APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH DI KALANGAN WARGAMAS

1. Secara purata, tekanan darah di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120/80 mmHg. Sementara itu tekanan darah yang Normah lebih rendah dari 135/85 mmHg.

2. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

3. Sesetengah orang mengalami tekanan darah rendah sepanjang masa. Mereka tidak mengalami sebarang gejala tekanan darah rendah.

4. Bagi individu lain pula, mereka mengalami rasa pening, sakit kepala, loya, muntah, cepat penat dan mungkin pitam dan pengsan.

5. Terdapat dua jenis utama tekanan darah rendah yang biasa berlaku dikalangan wargamas.

👉 TEKANAN DARAH RENDAH ‘ORTHISTATIC

Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi, contoh dari posisi baring kepada posisi berdiri atau duduk.

Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik. Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda. Apabila posisi sudah berubah, jantung lambat bertindak balas (sepatutnya mengepam lebih kuat) menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah, dan kita berada pening kepala dan rasa hendak pitam.

👉 TEKANAN DARAH RENDAH AKIBAT KEGAGALAN FUNGSI JANTUNG (HEART FAILURE)

Ia berlaku apabila otot-otot jantung semakin lemah dan tidak mampu mengepam darah dengan sebaiknya.

Ia biasa berlaku di kalangan wargamas yang mempunyai masalah hipertensi dan diabetes lebih dari sepuluh tahun atau pernah mengalami serangan sakit jantung.

6. Tekanan darah rendah disebabkan punca yang berbeza.

👉 Hipotensi orthostatik

a. Dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh akibat berpeluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit.

b. Tidak bergerak seperti hanya duduk atau hanya berbaring untuk jangka masa yang lama

c. Setengah ubat-ubatan boleh menyebabkan hipotensi orthostatik.

🫒Antaranya Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung:
✔️Diuretics atau ubat lawas kencing
✔️Calcium channel blockers
✔️Angiotensin
-converting enzyme (ACE) inhibitors
✔️Angiotensin II receptor blockers
✔️Nitrates
✔️Beta blockers

🫒 Ubat-ubatan psikiatri yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan (anxiety) dan kemurungan.

🫒 Ubat untuk merawat mati pucuk

🫒 Ubat yang rawat gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)

d. Pengambilan akohol, dan bahan terlarang seperti ganja.

7. Di kalangan warga tua, tekanan darah rendah mungkin dapat dikesan bila mereka mengadu pening, sakit kepala, loya, muntah, cepat penat, rasa nak pitam bila bertukar posisi dan rasa tidak bertenaga.

8. Oleh itu bawalah untuk pemeriksaan doktor, bagi mengesahkan tekanan darah rendah dan punca masalah ini.

9. Tekanan darah yang rendah mungkin normal di kalangan orang muda, jika tidak mengalami sebarang gejala. Anda tidak memerlukan rawatan. Tetapi untuk wargamas, elok buat pemeriksaan doktor.

10. Antara petua yang dicadangkan untuk mengurangkan tekanan darah rendah adalah:

👉 Minum air kosong yang mencukupi

👉 Rehat dan tidur yang mencukupi.

👉 Tidak mengambil alkohol atau bahan dadah terlarang.

👉 Berdiri secara perlahan-lahan dari kedudukan baring atau duduk.

👉 Jangan silang kaki semasa duduk

👉 Elakkan berdiri atau duduk terlampau lama.

👉 Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor

👉 Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening dan mengantuk selepas makan.

👉 Ambil co-enzyme Q10 (100-300mg) bagi menguatkan otot jantung dan meningkatkan tenaga.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Boleh dapatkan Co-enzyme Q10 di link :
https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/coq10-50mg-60-s

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!