Assalamu’alaikum wbt Dr. Zubaidi. Saya seorang yang memiliki tekanan darah rendah. Sejak sebulan dua ni, pernafasan saya agak terbatas bila saya rasa seperti tak puas nak bernafas seperti biasa. Sejak tu saya selalu periksa tekanan darah saya sendiri di rumah. Hari ni bila saya periksa, tekanan darah saya 85/48 dengan heart rate 62. Naik tanda irregularity heartbeat. Saya mula risau dan periksa semula di tangan kanan. Bacaan 92/53 dan hb rate 71. Adakah ini merbahaya? Mohon pencerahan dari doktor yang arif. Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM.
Tekanan darah yang rendah adalah bacaan tekanan darah kurang dari 90 millimeter merkuri (mm Hg) bagi bacaan atas (systolic) atau 60 mm Hg bagi bacaan bawah (diastolic).
Bagi sesetengah individu bacaan yang sebegini tidak mendatangkan masalah. Beliau boleh menjalankan kerja rutin sehari, melakukan aktiviti fizikal seperti memanjang gunung tanpa masalah dan tidak mengalami rasa sukar bernafas ketika rehat.
Selalunya pemeriksaan kesihatan tidak menunjukkan sebarang sebab berlakunya tekanan darah yang rendah ini. Dan yang penting beliau dianggap sihat.
Namun bagi individu yang mempunyai tekanan darah yang rendah, dan mempunyai tanda-tanda seperti pening, pitam atau pengsan, tekanan darah yang rendah adalah suatu keadaan yang berbahaya dan perlu diberikan perhatian segera. Ia boleh menyebabkan kematian.
Jadi bagi individu yang mempunyai tekanan rendah tanpa sebarang tanda-tanda kesukaran bernafas ketika rehat atau setelah melakukan aktiviti, jangan risau. Ia normal.
Namun dalam kes puan yang mengalami “seperti tak puas nak bernafas seperti biasa” saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor dan menjalankan pemeriksaan yang lengkap.
Tekanan darah yang rendah bersama rasa sukar bernafas adalah suatu tanda yang tidak normal, dan mungkin berbahaya. Sangat penting bagi doctor mencari punca tekanan darah puan yang rendah.
Doktor akan melihat sejarah perubatan lampau, melihat faktor umur dan masalah kesihatan yang lain yang mungkin menjadi punca masalah tekanan darah yang rendah.
Pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan.
- Pemeriksaan tekanan darah dan degupan jantung. Ia dilakukan untuk beberapa beberapa kali. Pemeriksaan tekanan darah yang khas juga dilakukan dengan meminta pesakit berbaring beberapa minit, kemudian diminta duduk untuk pemeriksaan tekanan darah sekali lagi.
- Pemeriksaan ECG (electrocardiogram) harus dilakukan untuk memeriksa kadar degupan jantung dan corak degupan jantung.
- Pemeriksaan ultrasound khas untuk jantung (Echocardiogram) bagi melihat struktur dalam jantung, bimbang ada kebocoran dinding atau fungsi injap yang tidak sempurna.
- Pemeriksaan ECG yang berterusan di mana alat sentiasa dipakai oleh pesakit bagi melihat perubahan dugupan jantung selama 24 jam. Kaedah ini dinamakan “Holter monitor” bagi melihat kalua-kalau ada keadaan di mana degupan jantung yang tidak normal menyebabkan penurunan tekanan darah.
- Pemeriksaan “Exercise Stress Test” di mana seorang pesakit harus berlari di atas treadmill bagi melihat corak degupan jantung apabila jantung bekerja dengan lebih kuat.
- Pemeriksaan darah bagi menilai tahap hormone dan fungsi organ yang lain seperti hati dan ginjal.
Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang kronik ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan:
- Ambil makanan yang lebih tinggi garam dalam makanan. Sebelum itu pastikan buat pemeriksaan doctor bagi memastikan fungsi ginjal tiada masalah dan mendapat nasihat doctor.
- Minum lebih banyak air kosong terutama ketika cuaca panas dan ketika demam disebabkan serangan virus. Tinggalkan air yang bergas dan manis.
- Sebelum mengambil ubat sintetik pastikan sama dari klinik atau farmasi, beritahu yang pun mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Ada beberapa ubatsintetik menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah.
- Lakukan aktiviti fizikal yang sederhana bagi menggalakkan pengaliran darah seperti berjalan kaki.
- Berhati-hati apabila bangun dari posisi duduk atau berbaring. Perubahan posisi yang serta merta boleh menyebabkan rasa pening dan rasa tidak seimbang sehingga mungkin boleh menyebabkan jatuh. Cara yang terbaik jika mengalami masalah ini ialah dengan duduk perlahan-lahan, urut betis beberapa kaki dan cuba bangun setelah rasa bersedia.
- Jangan mengangkat berat, atau meneran (akibat sembelit) dalam bilik air. Ini akan menyebabkan tekanan darah mungkin lebih rendah dan rasa pening.
- Jangan duduk terlalu lama dan cuba bangkit perlahan-lahan dan bergerak di sekeliling kawasan.
- Jangan mandi air panas (menggunakan shower terlalu lama) kerana ia akan mengembangkan saluran darah dan tekanan darah semakin rendah. Boleh gunakan kerusi yang sesuai ketika mandi bagi mengelakkan rasa pening dan jatuh ke lantai.
- Makan banyak sayur-sayuran. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dalam makanan. Rehat selepas makanan. Minum air secukupnya.
- Jika perlu pakai stoking khas yang membantu pergerakan darah ke seluruh tubuh. Berurut juga membantu membaiki perderan darah ke seluruh tubuh.
Paling penting buat pemeriksaan doctor bagi mengetahui punca masalah ini berlaku.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30x melalui link di bawah :
Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE POWER UP melalui link di bawah :
https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/olivie-power-up-340gm
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :