Suntikan Pethidine untuk sakit kronik

pethidine_vial

“Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala.  Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan”

Wa alaikum mus salam.

Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan.

Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit.

Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit memerlukan dos yang semakin tinggi, selain boleh menyebabkan masalah ketagihan.

Kesan sampingan yang lain ialah:

1. masalah penghadaman seperti rasa loya, muntah, sembelit

2. masalah saraf seperti pening, rasa keliru, melihat ‘benda-benda pelik”(halusinasi)

3. masalah lain seperti mulut kering, berpeluh, rasa penat, anggota badan rasa sejuk dan tekanan darah yang rendah.

Kadang kala doktor memberikan suntikan Pethidine pada wanita yang sedang menjani proses melahirkan anak bagi mengurangkan rasa sakit.

Ia hanya diberikan kepada wanita yang tidak tahan rasa sakit saja. Jika wanita itu boleh menahan rasa sakit, selalunya doctor tidak memberikan suntikan ubat ini.

Pemberian ubat ini dalam dos yang besar juga boleh menyebabkan  bayi mengalami masalah pernafasan dan rasa ‘mabuk dan pening’, sehingga menyebabkan bayi tidak boleh menghisap susu ibu dengan baik.

Pethidine juga menyebabkan alahan kulit seperti bengkakan pada kerongkong, mulut, bibir dan lidah. Ia juga boleh menyebabkan sukar bernafas  dan kematian.

Jika seorang pesakit mengalami masalah rasa mahu pitam, sakit dada, sukar bernafas, degupan jantung yang laju dan tidak menentu, rasa kepada pada anggota badan, menggigil, pemandangan yang kabur dan sakit kepala yang kuat, harus segera berjumpa doctor.

Oleh itu saya menasihatkan agar pengambilan ubat Pethedine harus diambil dengan berhati-hati, untuk pesakit yang tertentu saja, dan hanya untuk jangka masa yang pendek.

Wallahu a’lam.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!