SELAMATKAH BHA DALAM PRODUK KECANTIKAN DIGUNAKAN SEMASA HAMIL? Assalamualaikum doktor, Saya ingin tanya. Produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi BHA adakah ia selamat digunakan oleh ibu hamil? Saya baru menggunakan produk tersebut selama 5 hari tanpa menyedari produk itu mengandungi BHA. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM. Terima kasih bertanya. Beta hydroxy acid (BHA) adalah salah satu komponen dalam hydroxy acid. Satu lagi komponen hydroxy acid adalah and alpha hydroxy acid (AHA). Kedua-dua bahan ini banyak terdapat dalam produk kecantikan dan ubat kulit untuk menghilangkan masalah jerawat dan masalah ruam. Ia banyak dalam produk kecantikan seperti pembersih (cleanser), toner, dan exfoliant …
Read More »Doktor Menjawab
bell’s palsy atau stroke
BELL’S PALSY ATAU STROKE ? Gambar Hiasan Assalammualaikum w.b.t Dr Zubaidi, Maaf menganggu doktor. Tp sy tidak tahu kepada siapa sy perlu bertanya soalan. 1. Ayah saya disahkan mengalami ‘bell palsy’ pagi tadi apabila sejak semalam dan lemah2 dan mulut senget. 3 hari lepas, doktor ada memberi ubat berkaitan jantung kerana dikatakan jantung ayah sy bengkak. Untuk pengetahuan, ayah sy penghidap diabetes & darah tinggi. Adakah ubat jantung tu berkaitan dgn bell palsy? 2. Sebagai seorang doktor yg mengamalkan Aafiyat Olive House, apakah cara rawatan yang boleh diamalkan dan bagaimana caranya? Kerjasama dari pihak doktor amat diharapkan oleh sy sebagai anak …
Read More »Kesan vaksin thyphoid pada wanita yang hamil
KESAN VAKSIN THYPOID PADA WANITA YANG HAMIL “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, apakah kesan suntikan thypoid (suntikan untuk peniaga makanan) untuk ibu yang hamil. Saya ada mengambil suntikan itu pada 8/5/2018, tanpa menyedari saya hamil. Haid terakhir saya pada 18/4/2018 dan ujian UPT saya positif hari ini. Adakah suntikan vaksin itu memberikan kesan kepada bayi saya? Terima kasih.” WAALAIKUMUSALAM Secara amnya pemberian vaksin tertentu tidak boleh diberikan kepada wanita yang hamil atau ibu yang menyusukan anak. Jika terpaksa diberikan, ia harus ditimbangkan manfaat pemberian vaksin itu mesti lebih besar dari kemudaratan yang mungkin diterima. Oleh itu …
Read More »Anak Dilanggar Motor
ANAK DILANGGAR MOTOR (GAMBAR HIASAN) Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah …
Read More »PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN
“Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz 8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya cuci rahem? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM …
Read More »Hamil Walaupun UPT Negatif
UPT NEGATIF TETAPI HAMIL “Salam doktor, saya berusia 32 tahun dan sudah tidak datang haid selama 5 minggu. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan UPT dan mendapati keputusannya negatif. Adakah sah saya tidak hamil?” WA ALAIKUM MUS SALAM Mengikut pengalaman saya, tidak datang haid selama 5 minggu dari tarikh akhir haid pertama yang lepas atau seminggu dari tarikh haid yang sepatutnya, masih dianggap sebagai terlalu awal. Ini kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari. Oleh itu tidak datang haid sehingga hari ke 35 atau minggu ke 5 masih dikira normal, dan …
Read More »SAKIT DI TENGKUK
SAKIT DI TENGKUK “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak minta sedikit nasihat doktor utk panduan. Saya mengalami kesakitan sejak mlm tadi, macam tersalah urat. Sakitnya rasa pada tengkuk sebelah kiri hingga ke bahagian belakang badan sebelah kiri dan sakitnya berdenyut2. Rasa sakit sangat setiap kali bergerak. Kalau ke klinik biasa dr akan bg ubat apa dan kalau berurut, boleh ker… Risau sbb melibatkan tengkuk… Terima kasih dr.” WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak punca sakit di bahagian tengkuk, bergantung kepada umur, berapa lama sudah alami, pekerjaan puan dan …
Read More »kurma dicampur dengan gula
KURMA DIJUAL DICAMPUR DENGAN GULA “Salam dr zubaidi nak tanya betul ke kurma yg jual di Malaysia nie ade campur gula. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mohon maaf sebab tidak dapat menjawab isu ini. Saya tidak dapat fakta yang tepat mengenai buah kurma yang dicampurkan dengan gula ini. Walau bagaimana pun saya ada membaca laporan akhbar KOSMO mengenai kegiatan penjual yang ingin mengaut keuntungan besar, dengan mengimport buah kurma secara pukal dengan harga yang murah. Kemudian diproses (dibersihkan dan dicampurkan dengan gula) dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma …
Read More »Implanon, haid tidak menentu dan solat
IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang …
Read More »MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI
“Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar. Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang …
Read More »URUT GANTI SENAM?
“Assalamualaikum Dr., adakah mengurut adalah satu amalan yg baik bg yang kurang bersenam atau tidak sempat bersenam sebagai salah satu cara menjaga tahap kesihatan yang baik.. tqvm” WA ALAIKUM MUS SALAM Amalan berurut badan seperti yang kita amalkan sejak dari zaman dulu, adalah amalan yang bagus terutama bagi mereka yang selesai menjalani proses fizikal yang stress seperti selepas melahirkan anak, menjalani pembedahan (pada anggota tertentu), dan selepas temasya sukan. Bagi individu yang mempunyai penyakit kronik dan mengalami sakit-sakit badan dan sendi, amalam ururtan juga membantu mendapat kesegaran kerana ia melancarkan perjalanan darah dan lendiran limfatik. Ia sangat bermanfaat. Namun begitu …
Read More »Tidak datang haid setahun selepas ambil implan
TIDAK DATANG HAID SETAHUN SELEPAS MENDAPAT IMPLANT DI BAWAH KULIT LENGAN Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 30 tahun, bekas rakan utm skudai dalam bidang kaunseling. Saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan anak tahun lepas dan mula menggunakan implan pada jun 2015 sehingga kini, sudah setahun tapi saya tiada mengalami haid yang teratur. Bulan lepas, saya ada kedatangan haid yang banyak, lebih kurang kurang 20 hari. Kemudian pada bulan berikutnya ada pendarahan berterusan selama 30 hari. Apa masalahnya ya Doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang tidak teratur selepas suntikan hormon perancang sama ada yang dimasukkan ke bawah kulit (implant) …
Read More »Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil
BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL? Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja. Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas. Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara …
Read More »Kesalahan minta sijil cuti sakit
KESALAHAN MINTA SIJIL CUTI SAKIT “Assalammualikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pertolongan doctor untuk saya membeli ‘back dated MC’. Sebenarnya pada hari Sabtu lepas saya mengalami sembelit sehingga menyebabkan menyebabkan buasir. Saya rasa sakit sangat sehingga tidak mampu bergerak, dan tidak dapat ke klinik kerana tiada orang yang membantu menghantar saya. Ini kerana saya tinggal bersendirian di rumah sewa saya. Pada keesokan harinya, saya cuba mencari klinik namun tiada klinik yang buka pada hari Ahad. Saya tidak tahu buat macam mana sebab saya beritahu pada syarikat saya yang saya cuti sakit pada hari Sabtu tersebut. Kebetulan pula saya mengalami …
Read More »BANYAK AIR DALAM OTAK
APA YANG MENYEBABKAN BANYAK CECAIR DALAM OTAK ORANG DEWASA? Hydrocephalus atau air pada otak, boleh berlaku di kalangan bayi dan juga orang dewasa. Apabila pesakit mengalami keadaan hydrocephalus, cecair dalam otak (yang disebut cerebrospinal fluid, CSF) bertambah banyak dan memberikan tekanan kepada otak. Ia seperti satu belon yang terus ditambah air, sehingga belon itu membesar. Dalam kepala, tengkorak tidak akan membesar bila isipadu cecair bertambah, kerana tengkorak adalah tulang yang keras dan tidak boleh membesar. Jadi ia akan menekan pada otak yang bersifat lembut. Jadi apabila cecair dalam otak bertambah, maka tisu otak akan dihimpit dan boleh menyebabkan tisu-tisu otak …
Read More »Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?
BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI? ” Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula untuk satu lagi suntikan? Jika tidak boleh disuntik, bilakah tempoh perlu djarakkan dengan tarikh suntikan yg pertama tu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya tiada bezanya sama ada disuntik atau dimakan melalui mulut (untuk ubat berbentuk tablet, kapsul atau cecair). Ubat …
Read More »PCOS DAN RAHEM TERBALIK
“Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap …
Read More »Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?
DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ? “Assalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya sekarang ‘on and off’, kurang selera makan dan kurang minum susu. Sesekali ada muntah. Adakah saya perlu bawakannya ke hospital? Sudah sebulan tekaknya membengkak seperti tonsillitis. Boleh saya dapat pendapat pendapat doktor ? Terima kasih banyak atas pendapat doctor. Saya amat saya hargai. “ WA ALAIKUM MUS SALAM …
Read More »BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT
“Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi …
Read More »Penyakit Tibi berjangkit?
PENYAKIT TB BOLEH BERJANGKIT DENGAN SENTUHAN? “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai penyakit tibi. Minggu lepas kakak saya disahkan menghidap penyakit tibi dan dikuanrintin kan selama seminggu di hospital. Sekrang sudah kluar dan telah dibawa ke kg untuk mak saya jaga…jadi slma dia berada dgn kami perlukah ahli keluarga yg lain menjalani ujian darah untuk semakan samada kami skluarga turut berjangkit atau tidak. Dan satu lagi adakah dengan bersalam/bersentuhan dan dekati dia dgn rapat akan ada keberangkalian penyakit tibi tu merebak ke kita walaupun dia pakai mask. Mohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penyakit …
Read More »Perlukah makan ubat cirit-birit?
PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT? “Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar ? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita …
Read More »Keletihan yang melampau
KELETIHAN YANG MELAMPAU “Salam doktor, saya berumur awal 40an, dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor memberitahu saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun yang menjadi tanda tanya, ialah saya mengalami masalah kepenatan dan keletihan yang luar biasa, walaupun saya hanya bekerja sebagai pengurus sebuah bank. Berat saya hanya 78kg dan tinggi saya 175cm. Saya rasa sering mengantuk, mudah lupa dan kerap rasa letih seperti baru lepas berman futsal. Mohon bantuan doktor untuk mengatasi masalah saya ini.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Mungkin tuan mengalami masalah yang dinamakan ‘sindrom keletihan kronik’ atau Chronic Fatigue Syndrome (CFS). Ia adalah …
Read More »Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin
MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal. Saya tidak …
Read More »SUPLEMEN CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KECERGASAN
SUPLEMEN CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KECERGASAN Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Bagaimana nutrient ini membantu pesakit jantung? “Salam doctor. Saya mudah mengalami keletihan dan mudah mengantuk. Rasa macam tiada bertenaga. Saya sudah buat pemeriksaan doctor, dan doctor mengesahkan tekanan darah saya normal, saya tidak mengalami diabetis dan tahap kolestrol juga normal. Pemeriksaan ECG juga normal. Cuma degupan jantung saya agak perlahan walaupun doctor kata ia normal. Nadi saya antara 60-70 beat/minit. Doktor mencadangkan agar saya mengambil suplemen CoQ10. Cuma dia tidak menerangkan bagaimana saya dapat manfaat dari …
Read More »Mencegah demam dan selsema tanpa ubat
MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan. Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah: KUNYIT–Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur. MADU –Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik). HALIA –Satu inci halia boleh dimasukkan ke minuman atau masakan. BAWANG PUTIH–bawang putih dikatakan …
Read More »BOLEHKAN IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL UBAT CACING?
“Salam doktor, bolehkah ibu yang hamil dan menyusukan anak mengambil ubat cacing? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Mebendazole adalah ubat cacing yang banyak terdapat di pasaran kita. Ia dikategorikan sebagai kumpulan C, iaitu kajian haiwan di makmal telah membuktikan terdapat kesan ketoksikan dan menyebabkan kecacatan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji (teratogen). Namun tiada ujian yang dibuat kepada wanita yang hamil, maka kesannya tidak diketahui. Saya mencadangkan penggunaan ubat cacing hanya diberikan kepada wanita yang hamil, jika ia dirasakan terlalu perlu, contohnya ada tanda jangkitan cacing yang jelas seperti terdapat cacing pada najis di tandas. Jika tidak boleh …
Read More »PERLUKAH HENTIKAN PENGAMBILAN UBAT STATIN?
“Assalamualaikum Dr, Saya sudah 5 tahun lebih kurang ambil simvastatin 20mg. Pemeriksaan darah akhir saya bulan oktober 2015 bacaan cholesterol 5.3. Bolehkah saya terus berhenti ambil simvastatin ni dan gantikan dengan sakanjabeen. Tak bahaya? Terimakasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Simvastatin perlu diambil dalam jangka masa yang pendek kerana kesan sampingannya yang agak kuat. Ia tidak seharusnya diambil dalam jangka masa yang panjang atau untuk seumur hidup. Pengambilan simvastatin untuk jangka masa yang panjang hanya sesuai jika pesakit pernah mengalami sumbatan pada saluran darah koronari di jantung, atau pernah diserang sakit jantung; dalam masa yang sama mempunyai bacaan HDL yang rendah dan …
Read More »MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT
Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan. Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai …
Read More »KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA
“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 28 tahun dan belum berkahwin. Tetapi ramai yang kata umur saya sudah masuk 35 dan macam sudah ada anak. Saya macam tak percaya, tapi kawan-kawan saya cakap perkara yg sama. Apakah puncanya doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Penuaan pada kulit adalah proses semula jadi apabila umur kita semakin meningkat. Namun terdapat banyak faktor yang memainkan peranan, sama ada kulit wajah kita lebih tua dari umur sebenar. Inilah yang cuba kita elakkan. Biarlah wajah kita menggambarkan umur kita, bukannya umur kita baru 28 tahun tapi kulit wajah sudah kelihatan berkedut, kusam, kering dan tidak …
Read More »KULIT BERNANAH SELEPAS GUNA PRODUK KOSMETIK
“Salam doktor. Saya ada masalah kulit. Kulit saya mengalami masalah bernanah selepas 2 minggu saya gunakan satu produk kecantikan. Pada mulanya kulit saya menjadi bersih, tertapi kemudian menjadi ruam. Baru beberapa hari ini timnul pada jerawat seperti nanah pada muka saya. Adakah ia disebabkan oleh produk tersebut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya produk kecantikan tersebut mengandungi merkuri. Wanita yang memakai produk pemutihan kulit yang mengandungi merkuri, tidak akan mengalami masalah jerawat kerana lapisan kulit epidermis telah rosak. Kulit yang rosak tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran matahari dan …
Read More »MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI
MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI “Salam doktor. Saya baru-baru ini disahkan mengalami masalah alahan pada produk gluten. Doktor kata saya tidak boleh mengambil produk makanan yang kaya dengan glute. Boleh doktor beritahu apakah penyakit alahan gluten itu?” WA ALAIKUM MUS SALAM Gluten adalah campuran protein yang terdapat dalam gandum dan bijirin. Ia memberikan keanjalan pada kuih dan donut, meningkat dan mengekalkan bentuknya. Gluten adalah gabungan dua protein gliadin dan glutenin, dan ia bergabung dengan kanji dalam endosperm (biji benih) pelbagai bijirin. Ia adalah …
Read More »Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL
“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL” WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya …
Read More »MINYAK KELAPA DARA UNTUK KANAK-KANAK MENGURANGKAN SEMBELIT
“Assalamualaikum doktor. Saya mahu bertanya soalan tentang anak saya yang mengalami sembelit. Dia berumur 3 tahun lelaki. Baru ini kami pergi ke klinik dan doktor beritahu usus dia ada banyak najis yang melekat. Saya ingin tahu adakah Minyak Kelapa Dara boleh dicampur dalam air oren, milo, atau susu? Najis yang mlekat tu boleh ditanggalkan tak?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya najis anak puan mungkin mengeras. Jadi pergerakan dalam usus agak perlahan. Puan boleh meningkatkan pengambilan air dalam pemakanan anak puan. Bagikan banyak jus buah (bukan kordial), air mineral atau air susu. Berikan banyak buah-buahan. Boleh juga campurkan 3ml Minyak Kelapa Dara …
Read More »Bentuk sperma yang cacat, sukar hamil
BENTUK SPERMA YANG CACAT MENYEBABKAN SUKAR HAMIL “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya telah bertunang dan akan mendirikan rumahtangga. Saya dan tunang agak terbuka dalam membincangkan hal perkawinan kami. Baru-baru ini tunang telah melakukan pemeriksaan airmani, kerana beliau agak risau dengan tabiat onani beliau. Analisis air mani beliau menunjukkan dia mempunyai morfologi sperma tidak normal. Apa yang perlu saya buat, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan airmani adalah pemeriksaan yang dilakukan bagi menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. Ibarat menanam pokok, sungguh pun tanah yang subur dicampakkan benih yang tidak berkualiti, benih itu hanya akan …
Read More »Kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem
KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAMRAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut. Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”. Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini. Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik …
Read More »Adakah Ultrasound Bahaya Pada Bayi Saya?
ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana …
Read More »