Advertorial
Home » Doktor Menjawab » MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI

MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI

 
 
 
Gluten
 
 
 
 
MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI
 
 
 
“Salam doktor.  Saya baru-baru ini disahkan mengalami masalah alahan pada produk gluten. Doktor kata saya tidak boleh mengambil produk makanan yang kaya dengan glute. Boleh doktor beritahu apakah penyakit alahan gluten itu?”
 
 
 
WA ALAIKUM MUS SALAM
 
 
 
Gluten adalah campuran protein yang terdapat dalam gandum dan bijirin. Ia memberikan keanjalan pada kuih dan donut, meningkat dan mengekalkan bentuknya. Gluten adalah gabungan dua protein gliadin dan glutenin, dan ia bergabung dengan kanji dalam endosperm (biji benih) pelbagai bijirin.
 
 
Ia adalah sumber protein yang baik. Makanan yang dibuat dari gluten mempunyai protein yang banyak dan ia juga ditambah dalam makanan lain bagi meningkatkan kandungan protein di dalamnya. Roti mempunyai banyak glutein. Gluten juga ditambah pada minuman, kicap soya, dan aiskrim.
 
 
Gangguan Gluten (Gluten related disorder) adalah penyakit yang dicetuskan apabila seseorang itu mengambil gluten di dalam makanannya. ia boleh menyebabkan coeliac disease (CD), non-celiac gluten sensitivity (NCGS), wheat allergy, gluten ataxia dan dermatitis herpetiformis (DH).
 
 
Di Asia Tenggara jarang berlaku tetapi masalah ini semakin kerap di dapati di Malaysia. Ini kerana menu makanan orang Malaysia sudah mula mengikut gaya barat yang menjadikan tepu sumber utama makanan mereka.
 
 
Kini banyak makanan berasaskan tepung yang ditambah dengan banyak gluten kerana ia meningkatkan masa penapaian membuat makanan seperti donut dan pizza.
 
 
#HealthDrZubaidi
 
 
 
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: