RAWATAN MODEN DAN ALTERNATIF UNTUK VERTIGO Vertigo adalah suatu keadaan di mana kita berasa melayang dan berpusing. Orang kita menyebutnya sebagai pening, apabila kita berasa tidak seimbang berlaku secara tiba-tiba dan berlangsung hingga beberapa jam. Ini menyebabkan kita akan berasa loya, tidak boleh berdiri dan mahu berbaring. Antara punca vertigo adalah: 1. Migrain. Selain sakit kepala, pesakit migrain juga boleh merasa melayang dan berpusing. 2. Labyrinthitis, iaitu jangkitan kuman pada bahagian dalam telinga yang berfungsi menjaga pendengaran dan keseimbangan tubuh. 3. Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah gangguan keseimbangan tubuh berlaku ketika kita mengubah posisi kepala. 4. …
Read More »Doktor Menjawab
LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA
LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA Kopi adalah salah satu minuman yang sangat digemari oleh masyarakat, termasuk wanita. Ia selalunya diminum pada waktu pagi untuk berasa segar dan tidak mengantuk. Jika diambil pada waktu siang, ia akan membakar semangat dan memberikan tenaga tambahan. Namun begitu pengambilan kopi yang berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik. Antaranya: Menyebabkan rasa panik dan cemas Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi. Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah …
Read More »RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM
RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM “Assalamualaikum wbt, Dr Zubaidi, saya penghidap ovarian cyst, dan cyst saya sudah bersaiz 8cm. Adakah cara lain untuk kecutkan cyst selain operation?” WALAIKUMUSALAM Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia bukan kanser dan tidak akan merebak secara merbahaya. Secara lazimnya, ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan. Dalam bahasa yabg nydah, cyst adalah kelompong nipis yang mengandungi air dan boleh berada di mana-mana dalam organ tubuh. Jika ia berada dalam ovari, ia dipanggil ovarian cyst. Kelompong ini pada asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur wanita/ovum. Namun, apabila matang, kelompong ini …
Read More »KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL
“Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan intim yang berbeza. Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu. …
Read More »SELAMATKAH MENDAKI BUKIT BAGI WANITA HAMIL?
“Assalamu’alaikum Dr. Saya ingin sedikit. Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat. Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima. Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi tidak dapat melakukannya kerana hamil. Apakah persediaan untuk isteri saya agar dapat bersedia sebelum mendaki. Apa nasihat doktor buat Isteri saya.? Terima kasih” WAALAIKUMUSALAM. Mendaki bukit boleh menjadikan tubuh kita menjadi semakin sIhat. Ia juga dapat menurunkan tahap tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari. Namun begitu, tidak semua wanita yang hamil, boleh mendaki bukit. WAnita yang sihat dan …
Read More »BIJI APRIKOT UNTUK PESAKIT KANSER LIMFOMA?
“Assalamualaikum doktr, maaf ganggu, saya nak tanya betul ke appricot seed dapat mengurangkan kanser limfoma? Kawan baik saya ada kanser limfoma tahap 2. Ada tak rawatan alternatif selain dari kimo? Dia sudah buat kimo 2x. Adakah suplemen yang boleh kurangkan sel kanser. Saya harap sangat doktor boleh reply. Terima kasih sgt2.” WALAIKUMUSALAM Kanser Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel darah, iaitu sel limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia. Jadi pesakit akan mengalami gangguan daya tahan dan kemudaratan akibat sifat kanser yang agresif dan merosakan dilakukan oleh sel-sel kanser ini. Sebelum itu elok …
Read More »PERNAFASAN BERBAU BUSUK
“Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas dia berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor” Walaikumusalam. Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur. Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di …
Read More »KENCING BERDARAH
KENCING BERDARAH “Assalammualaikum doc..sy nk buat pertanyaan mengenai penyakit ibu saya. Ibu saya semenjak hari selasa lepas dia mengalami kencing berdarah. Maksudnya apabila dia kencing ada darah seperti ketulan darah period keluar berserta dgn sakit. Bukan kencing berwarna seperti air cola yg bercampur darah. Boleh doc bagi tahu kenapa ini boleh berlaku dan ia penyakit ape? Terima kasih” WALAIKUMUSALAM 1. Terdapat dua jenis kencing berdarah, iaitu pesakit berasa sakit semasa membuang air kecil dan tidak berasa apa-apa. 2. Rasa sakit setiap kali membuang air kecil mungkin disebabkan oleh PENYAKIT BARU KARANG. …
Read More »Ubat untuk penyakit uluran
UBAT UNTUK PENYAKIT ULURAN Assalamualaikum..wbt. Dr. Apa kabar? Harap sihat walafiat. Saya ada satu penyakit yang saya hadapi selepas kahwin hampir 8Tahun. Penyakit Uluran atau hernia. Tidak boleh tidur, badan rasa penat, perut kembung, angin susah nak keluar. Apakah permakanan yg sesuai utk ubati penyakit ini Dr?. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Penyakit uluran juga dikenali sebagai penyakit angin. Ia adalah istilah perubatan Melayu Lama dan bukanlah istilah perubatan moden. Jadi punca dan rawatan penyakit ini berbeza dari perubatan moden. Sepanjang pemahaman saya, penyakit ini adalah penyakit di sekitar bahagian ari-ari atau bahagian bawah pusat. Sakitnya umpama …
Read More »GELEMBUNG AKIBAT CHICKEN POX
“Assalmualaikum Dr. Anak saya kena jangkitan chicken pox. Bahagian badan sudah kering kerana ia pecah sendiri. Gelembung di tapak tangan masih ada. Perlukah dipecahkan?” WALAIKUMUSALAM 1. Bagi gelembung yang berlaku akibat jangkitan Chicken Pox, puan boleh biarkan saja gelembung itu mengecil dan kering sendiri seperti yang berlaku pada bahagian badan. 2. Andai kata ia pecah tanpa disengajakan, puan boleh membersihkannya menggunakan air yang mengalir, keringkan dan disapukan sebarang bahan antiseptik (contoh ubat kuning). 3. Jika warna cecair gelembung bertukar warna dari jernih ke kuning, bermakna ada jangkitan kuman di situ. Boleh pecahkan, bersihkan dan …
Read More »membesarkan payudara breast injection breast filler
BREAST INJECTION@BREAST FILLER Assalamualaikum doc. saya ada terbaca artikel doctor di blog tentang breast surgery. boleh tak doc komen skit tentang breast injection @ breast filler? saya nampak sekarang ni ramai yg buat promo tentang injection filler ni. adakah ia selamat? dan bolehkah menyebabkan cancer? Terima kasih doc. WALAIKUMUSALAM Saya mendapat tahu bahawa suntikan payudara yang menggunakan pelbagai jenis filler dilakukan oleh ramai wanita yang terdesak untuk kelihatan lebih cantik. Apatalah lagi ia ditawarkan oleh spa dan salon yang tertentu dengan harga yang lebih murah berbanding yang dilakukan di klinik aesthetic atau di hospital swasta. Breast …
Read More »Kaedah berkhatan yang terbaik
KAEDAH BERKHATAN YANG TERBAIK Program Khatan Perdana Pulau Larapan Assalamualaikum doktor. Saya bertanya pendapat doc. Anak saya berumur 6 tahun, bercadang utk berkhatan pada cuti sekolah. Adakah kaedah clamp dan konvesional, mana yg terbaik doc? Yang mudah sembuh dan kurang risiko. Saya confius sama ada nk berkhatan dengan tok mudim atau klinik yg menggunakan clamp.. WALAIKUMUSALAM Berkhatan dapat dilakukan dengan pelbagai teknik. 1. Teknik clamp adalah teknik terbaru menggunakan “sarung plastik” bagI mengurang pendarahan dan prosedur dapat dilakukan dengan lebih cepat. Proses penyembuhan juga dikatakan lebih cepat. Cuma kosnya lebih mahal. …
Read More »BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?
“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid? Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil. Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempeunyai zuriat. Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan …
Read More »TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH
Pisang adalah sumber potassium yang tinggi TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu bertanya Doktor. Saya ada buat pemeriksaan darah pada bulan Ogos. Keputusan darah saya normal kecuali keputusan tahap pottasium saya tinggi dari julat yang normal iaitu antara 3-5. Tahap potassium saya 6. Saya risau sebab ada membaca kesan pottasium tinggi boleh menyebabkan lemah jantung (heart failure). Bagaimana cara utk turunkan tahap potassium saya Dr? Saya tidak merokok. Dalam result itu ada tulis red blood cell leakage. Bagaimana hendak merawatnya doctor. Saya sangat risau. Terima kasih. Walaikummussalam. Potassium adalah mineral yang penting agar tubuh kita …
Read More »TEKANAN DARAH RENDAH
Assalamu’alaikum wbt Dr. Zubaidi. Saya seorang yang memiliki tekanan darah rendah. Sejak sebulan dua ni, pernafasan saya agak terbatas bila saya rasa seperti tak puas nak bernafas seperti biasa. Sejak tu saya selalu periksa tekanan darah saya sendiri di rumah. Hari ni bila saya periksa, tekanan darah saya 85/48 dengan heart rate 62. Naik tanda irregularity heartbeat. Saya mula risau dan periksa semula di tangan kanan. Bacaan 92/53 dan hb rate 71. Adakah ini merbahaya? Mohon pencerahan dari doktor yang arif. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM. Tekanan darah yang rendah adalah bacaan tekanan darah kurang dari 90 millimeter merkuri (mm Hg) bagi …
Read More »PESAKIT BATU KARANG BOLEH MINUM AIR MINERAL
Salam Dr Zubaidi. Saya nak tanya, kalau pesakit ada sakit batu karang (di ginjal), dia boleh atau tidak ya minum air mineral? Terima kasih. WALAIKUMUSALAM. Secara amnya minum air mineral tidak menyebabkan batu karang. Pesakit yang mengalami masalah batu karang juga boleh minum air mineral. Ini kerana tahap mineral yang ada dalam air mineral terlalu sedikit untuk menyebabkan pembentukan batu karang. Setelah diminum, mineral-mineral itu akan digunakan dalam tubuh dan selebihnya akan dikeluarkan semula melalui air kencing. Jika terlalu banyak mineral terutama kalsium dalam air kencing (selalunya didapati dari sumber makanan, bukan dari air mineral) dan …
Read More »Bahaya penggunaan misoprosotol (misoprosol)untuk menggugurkan kehamilan
BAHAYA PENGGUNAAN MISOPROSTOL (MISOPROSOL) UNTUK MENGGUGURKAN KEHAMILAN Assalamualaiku, doctor. Saya ingin bertanya , sekiranya seseorang itu mengambil pil misoprosol untuk mengugurkan kandungan ketika usia kandungan berusia 4 minggu, selepas pengambilan 8 biji misoproso tetapi kandungan tidak berjaya digugurkan dan tiada sebarang pendarahan yg keluar dari rahim dan tiada sebarang rasa sakit dan ingin meneruskan sahaja kehamilan. Adakah bayi dalam kandungan berisiko mengalami kecacatan atau masalah2 lain selepas kelahiran? WALAIKUMUSALAM Sebelum itu elok puan mengetahui tentang ubat sintetik ini. Misoprostol sebenarnya adalah ubat yang diberikan oleh doctor bagi mengelakkan seorang pesakit mengalami luka dalam perut (stomach ulcers) apabila …
Read More »Melakukan Hubungan Seks ketika Haid Boleh Hamil
MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih. SELAMAT SEJAHTERA Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita. Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran haid. Tandakan atau lorekkan pada kaledar pada …
Read More »JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL
JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan mengenai GBS untuk ibu hamil. Sebelum ini saya pernah hamil anak pertama, selepas bersalin anak saya telah meninggal beberapa hari dan doktor telah mengesahkan kematiannya disebabkan jangkitan kuman GBS. Cuma saya keliru sedikit degan jawaban yang diberikan oleh doctor. Semasa hamil 8 bulan, doctor telah menjalankan pemeriksaan saringan GBS secara kaedah swab selepas saya beritahu saya mengalami keputihan yang banyak. Keputusannya tiada kuman yang berbahaya. Apabila saya telah melahirkan anak, beberapa hari kemudian anak saya meninggal dunia. Doktor beritahu yang anak saya meninggal dunia akibat jangkitan GBS. Bila pemeriksaan …
Read More »ambil vitamin semasa hamil menyebabkan saya sakit kepala
AMBIL VITAMIN SEMASA HAMIL MENYEBABKAN SAYA SAKIT KEPALA Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 13 minggu. Kenapa saya mengalami sakit kepala bila makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Doktor di klinik dan pusat kesihatan selalunya akan berikan suplemen dalam bentuk pil pada wanita hamil. Selalunya suplemen yang akan diberikan ialah pil multivitamin, pil kalsium dan ada kalanya (terutama di klinik pakar sakit puan dan persalinan swasta) kapsul omega 3. Pil-pil suplemen ini diberikan dalam pelbagai jenama. Pil-pil ini selamat untuk diambil dan …
Read More »Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang
NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih. Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari. Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah. Jika ia berlaku dalam tempuh pantang …
Read More »SAKIT KEPALA SELEPAS MAKAN UBAT GASTRIK PANTO
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc saya ingin bertanya, saya ada gastrik baru-baru ini. Saya buat scop, doc kata ada radang. Doc bagi ubat panto saya tapi tidak boleh makan kerana saya alami pening yg amat teruk. Ada kah ubat lain yang sesuai. Saya juga mempunyai penyakit hyperthyroidism dan makan ubat proponolol dengan carbimazol. Saya buntu doc sebab saya tak tahan dengan tindak balas ubat. Apa perlu saya buat? Harap doc dapat selesai masaalah saya. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Puan ada masalah penyakit hyperthyroidism (masalah berlebihan hormone thyroid yang menyebabkan rasa berdebar, tangan menggigil, berpeluh kuat, emosi tidak menentu, cepat lapar dan beberapa …
Read More »Pedih ulu hati, GERD atau gastritis?
GERD ATAU GASTRITIS? Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pendapat dan nasihat Dr berkenaan dgn masalah perut saya meragam dan berangin.Bila waktu pagi apabila bangun tidur perut saya akan berasa pedih sangat bahagian atas antara pusat dan uluh hati. Setiap kali perut saya pedih saya akan minum air jarang tetapi jadi lagi pedih dan sejuk di perut. Setiap kali selepas saya makan saya akan berasa mulut saya pahit dan kelat. Sy cuma makan ubat Magnesium Trisilicate dan Ranitidine utk angin dan gastrik setiap hari hampir 1bulan. Boleh doc beri pendapat berkenaan dgn masalah saya. Terima kasih😊 WALAIKUMUSALAM. …
Read More »RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT
RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah EPO boleh diambil oleh remaja berusia 13 tahun? Anak saya mengalami masalah senggugut yang kuat. Ada alternative tak, selain ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan rasa senggugut? Terima kasih. WALAIKUMUSSALAM Puan mempunyai anak gadis remaja yang mempunyai masalah senggugut yang teruk. Masalah senggugut di kalangan remaja biasa berlaku dan bukan disebabkan oleh masalah lain yang berbahaya. Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit. Jika berulang, elok juga dibawa untuk pemeriksaan doctor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius. Saya juga tertarik dengan …
Read More »ambil paracetamol ketika menyusukan anak
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK? “Assalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan. Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama …
Read More »durian antara sihat dan nikmat
DURIAN ANTARA SIHAT DAN NIKMAT Berikut adalah temuramah saya dengan wartawan Harian Metro pada 30 Julai 2018 1 . Boleh Dr jelaskan bahan-bahan nutrisi atau zat yg terdapat dalam durian dan apakah kepentingan nutrisi ini? Durian (Durio zibethinus) adalah buah tempatan yang enak dan bernutrisi. Ramai yang memakan durian kerana rasanya yang manis dan berlemak. Oleh itu kita selalunya mengambil isi durian dalam kadar yang berlebihan, tanpa mengetahui manfaat dan keburukannya. Secara amnya. isi durian mengandungi 65% air, 27% karbohidrat termasuk 4% adalah serat, 5% lemak dan 1% protein. Satu cawan (250gram) isi durian mempunyai …
Read More »suntikan vaksin thyphoid ketika hamil
SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID KETIKA HAMIL Assalammualaikum Dr, saya mahu tanya. Saya baru saja ambil suntikan Typhoid untuk berniaga kedai makan, selepas suntikan baru saya tahu yang hamil tidak boleh terima suntikan ni. Jadi mcm mana ya doc. Saya bimbang kehamilan saya. Apa patut sy buat ya? Saya hamil hampir 3 bulan. Terima kasih. Wa’alaikum mussalam Di Malaysia suntikan vaksin thypoid diwajibkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tukang masak, penghidang makanan atau pencuci pinggan. Tegasnya semua pekerja yang mengendalikan makanan di restoren. Vaksin ini juga biasa diberikan pelancong ke negara …
Read More »Hamil Selepas Terlanjur dan Guna Postinor
HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan …
Read More »bacaan sel darah putih tinggi
BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya. WALAIKUMUSALAM. 1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital. 2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah …
Read More »Ditinggal Suami Tetapi Hamil
DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih. SALAM. Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan. Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil. Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh. Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil. Buatlah pemeriksaan doktor. Semoga bermanfaat.
Read More »Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil
MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih. WALAIKUMUSALAM 1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus. 2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan. 3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil. 4. Namun ia …
Read More »UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya. Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin. Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang …
Read More »Psoriasis dan VCO
PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis. Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …
Read More »rasa sakit pada jahitan episiotomy
RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih” WA’ALAIKUMMUSSALAM Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan. Jangan risau jahitan akan terlerai. …
Read More »SAKIT SENDI LUTUT YANG BERULANG AKIBAT BERSUKAN
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkenaan sakit adik lelaki saya ini. Dulu dia kerap bersukan seperti bermain bola, futsal dan takraw. Sekarang dia kerap sakit lutut sebelah kanan dan sampai tak boleh jalan. Gerak sikit je sakit dan kami sudah ke hospital, sudah lakukan pemeriksaan xray dan keputusannya baik. Doktor bagi dia suntikan. Dan sakit itu datang lagi. Boleh agaknya doctor terangkan apa masalah yang dialami oleh adik saya? Sakit otot ke doktor”?. WALAIKUMUSALAM Kesakitan pada lutut boleh disebabkan pelbagai punca. Antaranya adalah disebabkan kecederaan tulang pada sendi lutut, kecederaan pada otot di sekitar sendi, atau kecederaan …
Read More »SLIPPED DISC SETELAH JATUH DARI MOTORSIKAL
“Assalamua’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah jatuh motor. Pinggang saya sakit, tak boleh tunduk, bongkok, duduk atau berdiri lama. Tak boleh pusingkan badan ke kiri atau kanan. Baring pon terasa sakit. Pernah urut. Katanya tulang pinggang saya sudah lari dari kedudukan asal. Lepas urut rasa makin teruk sakitnya. Pernah pegi buat pemeriksaan dgn doktor. Dah x ray, ujian darah semua. Doktor pon cakap hal yg sama. Sy tak boleh buat kerja berat. Duduk lama pon sakit sgt pinggang sy. Adakah ini di namakan slipped disc? Terima kasih”. WAA’LAIKUMUSALAM Kecederaan tulang belakang adalah suatu kecederaan yang serius. Ia bukan saja …
Read More »