BAHAYA PENGGUNAAN MISOPROSTOL (MISOPROSOL) UNTUK MENGGUGURKAN KEHAMILAN
Assalamualaiku, doctor. Saya ingin bertanya , sekiranya seseorang itu mengambil pil misoprosol untuk mengugurkan kandungan ketika usia kandungan berusia 4 minggu, selepas pengambilan 8 biji misoproso tetapi kandungan tidak berjaya digugurkan dan tiada sebarang pendarahan yg keluar dari rahim dan tiada sebarang rasa sakit dan ingin meneruskan sahaja kehamilan. Adakah bayi dalam kandungan berisiko mengalami kecacatan atau masalah2 lain selepas kelahiran?
WALAIKUMUSALAM
Sebelum itu elok puan mengetahui tentang ubat sintetik ini. Misoprostol sebenarnya adalah ubat yang diberikan oleh doctor bagi mengelakkan seorang pesakit mengalami luka dalam perut (stomach ulcers) apabila pesakit terpaksa mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen, naproxen.
Contohnya pesakit yang mempunyai masalah metabolic (contohnya pesakit diabetis dan mempunyai tahap kolestrole yang tinggi) diberikan aspirin sebagai pencair darah atau pesakit autoimmune yang mengalami komplikasi sakit sendi dan terpaksa mengambil ubat tahan sakit.
Misoprostol membantu mengurangkan risiko mendapat luka perut yang teruk sehingga menyebabkan pendarahan dengan cara mengurangkan tahap asid dengan menghalang pengeluaran asid ke dalam perut..
Misoprostol juga digunakan untuk memulakan proses melahirkan anak (tetapi jarang digunakan di Malaysia untuk tujuan ini), dan ia juga digunakan untuk melakukan proses melakukan proses keguguran atau merawat pendarahan yang banyak selepas melahirkan anak akibat rahem tidak mengecut dengan sempurna.
Oleh itu ia adalah ubat yang harus mendapat preskripsi doctor. Bagi tujuan untuk menyebabkan keguguran, ia juga harus mendapat pantauan doctor bagi mengelakkan kesan sampingan seperti cirit-birit, loya, muntah, sakit perut, perut rasa kembung dan sakit kepala yang kuat.
Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan oleh wanita yang hamil, kecuali dengan niat untuk menggugurkan kehamilan. Namun ia harus mendapat preskripsi dan pemantauan doctor.
Jika kehamilan tidak berjaya dan diteruskan, penggunaannya dikaitkan dengan kecacatan. Ini tidak bermakna anak dalam rahem mesti mengalami kecacatan tetapi ada risiko untuk mendapat kecacatan.
Rujuk:
- Pfizer (September 2006). “Cytotec US Prescribing Information” (PDF). Archived from the original (PDF) on 2007-02-16. Retrieved 2007-03-15.
- Pharmacia (July 2004). “Cytotec UK SPC (Summary of Product Characteristics)”. Archived from the original on 2007-09-28. Retrieved 2007-03-15.
equinovarus
Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh misoprostol.org, “terdapat kaitan antara kecacatan bayi yang dilahirkan dengan penggunaan misoprostol. Ini kerana proses pengguguran yang dimulakan oleh misoprostol yang menyebabkan rahem mengecut kuat dan pendarahan mengeluarkan janin, menyebabkan pengaliran darah dari uri ke janin terganggu. Ini menyebabkan bayi mengalami kekurangan oksigen, akhirnya menyebabkan kecacatan pada kaki (equinovarus), kecacatan pada saraf kranial (cranial nerves V, VI, VII, and XII) dan ketiadaan jari.
Rujuk: http://www.misoprostol.org/misoprostol-teratogenicity/
Dalam kes puan, saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor pakar O&G bagi menyelesaikan masalah ini. Pemeriksaan awal mungkin dapat mengesan kecacatan yang dialami oleh janin.
Jika puan ingin menggugurkan kehamilan atas sebab-sebab kesihatan yang dibenarkan syar’ie atau terlalu bimbang dengan kesihatan janin dalam rahem, doctor mungkin akan menilai keadaan puan dan membantu puan melakukan pengguguran dengan cara yang lebih selamat.
Banyaklah berdoa agar urusan puan dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
IKLAN
Bagi mereka yang baru lepas melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan Kacip Fatimah bersama vitamin C dan vitamin E. Ia membantu mengecutkan rahem dan mengelakkan pendarahan yang berpanjangan, menurut petua Ilmu Perubatan Perbidanan Melayu Lama.
Boleh hubungi wakil-wakil kami di seluruh negara.
Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/