RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM

RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM

 

“Assalamualaikum wbt, Dr Zubaidi, saya penghidap ovarian cyst, dan cyst saya sudah bersaiz 8cm. Adakah cara lain untuk kecutkan cyst selain operation?”

WALAIKUMUSALAM

Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia  bukan kanser dan tidak akan merebak secara merbahaya. Secara lazimnya, ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan. Dalam bahasa yabg nydah, cyst adalah kelompong nipis yang mengandungi air dan boleh berada di mana-mana dalam organ tubuh. Jika ia berada dalam ovari, ia dipanggil ovarian cyst.

Kelompong ini pada asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur wanita/ovum. Namun, apabila matang, kelompong ini tidak pecah dan mengeluarkan telur (ovum) untuk disenyawakan, dan terus membesar melebihi saiz 2cm, maka ia dinamakan ovarian cyst. Saiznya boleh terus bertambah sehingga seperti saiz sebiji kacang atau sebiji telur.

Ovarian Cyst boleh tumbuh semula.

Walaupun seorang wanita telah melakukan pembedahan untuk membuang ovarian cyst,  namun ia boleh tumbuh semula. Banyak kajian menunjukkan ransangan dari ‘radikal bebas’ yang  menyebabkan masalah ini.

Jadi kehadiran radikal bebas yang tidak dikawal secara baik oleh nutrisi dari makanan yang mengandungi anti-oksidan yang banyak, atau badan kita kekurangan anti-oksida yang mencukupi,  berkemungkinan besar untuk kita mendapat ovarian cyst kerana tubuh tidak dapat melawan radikal bebas yang menjadi punca ketumbuhan tidak normal sel.

Rujuk: Mohammad Amin Rezvanfar, Sarah Saeedi, Parisa Mansoori, Sepideh Saadat,Maziar Goosheh, Habib A. Shojaei Saadi, Maryam Baeeri & Mohammad Abdollahi (2016) Dual targeting of TNF-α and free radical toxic stress as a promising strategy to manage experimental polycystic ovary, Pharmaceutical Biology, 54:1, 80-90.

Selain itu ovarian cyst ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

1) Faktor Keturunan – Faktor keturunan adalah memainkan peranan sangat penting. Namun tidak semua pesakit yang mempunyai masalah ini mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.

2) Paras Hormon yang Tidak Stabil– Paras hormone Estrogen dan Progesteron yang tidak stabil sangat mempengaruhi mempengaruhi kesihatan masalah dalaman wanita. Tidak semua wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormone akan mengalami masalah ovarian cyst.

3) Faktor Tekanan Emosi – Tekanan emosi yang tidak dapat dikawal dengan baik akan mempengaruhi paras hormon bagi wanita akhirnya menyebabkan masalah kesihatan dalam seorang wanita.

Tanda-tanda Ovarian Cyst

Oleh kerana cyst adalah ketumbuhan bukan kanser yang mengalami proses tumbesaran yang perlahan, pada peringkat awal ia tidak memberikan sebarang tanda. Jika saiznya terlalu besar, ianya akan menekan organ lain atau sistem saraf sehingga memberikan rasa tidak selesa.

Apabila saiz semakin membesar, pesakit mungkin mengalami masalah berikut.

  1. Kembung perut atau bengkak
  2. Sakit semasa hubungan kelamin
  3. Pening dan muntah
  4. Sakit atau tidak selesa bahagian ‘bawah perut’ (pelvis) yang teruk

Kebanyakan cyst ovari bersaiz yang kurang dari 3cm tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan. Namun jika lebih besar dari 3 cm, berkemungkinan akan mengalami komplikasi.

Antaranya:

1. Ovarian cyst yang bersaiz lebih 6cm lebih mudah berpintal.Ini menyebabkan bekalan darah ke ovari akan terputus dan menyebabkan kerosakan tisu ovari. Ia menyebabkan rasa sakit yang melampau. Pesakit selalunya tidak tahan menanggung kesakitan ini dan pergi ke Jabatan Kecemasan. Akhirnya pembedahan segera dilakukan.

2.Ovarian cyst  yang bersaiz besar juga berisiko untuk pecah. Pesakit akan tiba-tiba rasa sakit di bahagian mana ovarian cyst itu pecah. Jika di sebelah kanan, selalunya ia dikelirukan dengan masalah “appendicitis”. Apabila pembedahan dilakukan barulah disedari sebenarnya ialah ovarian cyst yang pecah. Jika ia terjadi, ian menyebabkan rasa sakit yang kuat secara tiba-tiba dan berasa lemah akibat pendarahan dalaman.

Pemeriksaan Cyst Ovari

 

Jika saiz ovarian cyst itu kecil, pesakit tidak pernah tahu mereka mengalami masalah ini. Semasa pemeriksaan rutin pelvik menggunakan teknik ultrasound, baru doctor akan dapat.

Selalunya pesakit akan berjumpa doctor kerana mengalami rasa tidak selesa atau berasa sakit pada abdomen, barulah doctor melihat mengenalpasti kehadiran ovarian cyst. Doktor juga dapat mengenal saiz dan posisi ovarian cyst ini, sama ada di sebelah kanan atau sebelah kiri.

Ovarian Cyst Punca Tidak Hamil?

Sebenarnya ini berlaku secara kebetulan. Tidak semua wanita yang mengalami masalah ovarian cyst mengalami kesukaran untuk hamil.  Punca utama masalah kesuburan ini sebenarnya adalah disebabkan ketidakseimbangan hormone.

Jadi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormone dan mengalami masalah ovarian cyst, berkemungkinan mengalami masalah kesuburuan.

Sementara wanita yang tidak mengalami masalah keseimbangan hormone dan mengalami masalah ovarian cyst, berkemungkinan tidak mengalami masalah kesuburan.

Bagi menjawab soalan yang puan tanyakan, saya ingin menasihatkan:

  1. Saiz ovarian cyst agak besar (8cm). Persoalan sama ada mahu pembedahan atau tidak, ia bukan berdasarkan saiz ovarian saja. Ia juga bergantung kepada posisi, bilangan, sama ada ia berbentuk pendulated (bertangkai) atau tidak, masalah kesihatan yang lain dan banyak lagi. Doktor akan menilai keadaan puan dan memberikan nasihat berdasarkan pemeriksaan beliau.
  1. Kebiasaannya saiz yang besar dibimbangi akan mengalami ovarian cyst yang pecah (ruptured ovarian cyst) atau mungkin berpintal (torsion) jika ia berbentuk bertangkai (pendulated).
  1. Jika doctor mencadangkan pembedahan, saya menasihatkan puan agar mengikut nasihat yang diberikan, sebab doctor yang merawat puan lebih faham keadaan puan.
  1. Jika puan tidak bersedia untuk pembedahan, saya mencadangkan puan berhati-hati dalam penjagaan makanan. Elakkan makanan yang berkarbohidrat ringkas, transfat dan banyak kandungan gluten. Puan juga boleh ambil makanan yang banyak antioksida dan mempunyai lemak yang sihat seperti minyak zaitun.
  1. Bagi mereka yang pernah mengalami ovarian cyst dan mencegah agar ia tidak berulang semula, saya cadangkan pengambilan minyak zaitun OLIVIE datau Olivie Power Up (OPU) bagai suplemen makanan dalam pemakanan puan. Ambil satu sudu waktu pagi dalam malam, sangat membantu kita mendapat makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi.
                                                      OLIVIE POWER UP (OPU)

Satu sudu bersamaan dengan 10 liter minyak zaitun biasa. Wow!

Sesiapa yang mengenali Olivie Plus 30X, perbandingan kandungan Hydroxytyrosol di dalam OPU dengan Olivie Plus 30X adalah 60 kali ganda!

Rasanya unik sangat pelbagai jenis rasa ada, dan yang penting yang sudah ambil Olivie Plus 30x insyaAllah lebih mudah nak ambil OPU ini 😋😄

OLIVIE POWER UP adalah  ekstrak semulajadi dahan, daun dan buah Zaitun muda.  Dengan bantuan teknologi terkini dari Jepun, sebatian polyphenols yang segar serta berkhasiat tinggi berjaya diekstrak lalu menghasilkan cecair yang sangat pekat & likat.  Ia kemudian dibentuk menjadi seakan “pearl” dengan kaedah mechanical constraint di dalam ruang yang dikawal atmosfera sekeliling serta kelembapan.

Hasilnya maka terciptalah OLIVIE POWER UP – Desert olive tree pearl yang super kaya dengan antioksidan. 1 sudu teh OLIVIE POWER UP menyamai kandungan antioksidan (Hydroxytyrosol) di dalam 10liter Minyak Zaitun.

Dengan kepekatan antioksidan yang sangat tinggi ini, OLIVIE POWER UP mampu melambatkan proses penuaan kesan oksidatif radikal bebas. Ia bertindak sebagai nutrien penting anti-aging semulajadi, pastinya menjadi pilihan mereka yang pentingkan kesihatan & kecantikan secara semulajadi & organik tanpa kimia berbahaya.

Saya juga mencadangkan pengambilan Kacip Fatimah  bersama vitamin C dan vitamin E. Penggunaan Kacip Fatimah  digunakan dalam Ilmu Perubatan Perbidanan Melayu Lama.

Semoga bermanfaat.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!