KAEDAH BERKHATAN YANG TERBAIK
Assalamualaikum doktor. Saya bertanya pendapat doc. Anak saya berumur 6 tahun, bercadang utk berkhatan pada cuti sekolah. Adakah kaedah clamp dan konvesional, mana yg terbaik doc? Yang mudah sembuh dan kurang risiko. Saya confius sama ada nk berkhatan dengan tok mudim atau klinik yg menggunakan clamp..
WALAIKUMUSALAM
Berkhatan dapat dilakukan dengan pelbagai teknik.
1. Teknik clamp adalah teknik terbaru menggunakan “sarung plastik” bagI mengurang pendarahan dan prosedur dapat dilakukan dengan lebih cepat. Proses penyembuhan juga dikatakan lebih cepat. Cuma kosnya lebih mahal.
2. Teknik konvesional pula yang menggunakan kaedah jahitan adalah kaedah yang lama dan lebih murah. Risiko pendarahan lebih tinggi jika dilakukan oleh doktor muda atau pembantu pegawai perubatan yang kurang berpengalaman.
Sekarang khatan lelaki dilakukan oleh doktor pakar di hospital swasta, doktor am di klinik dan pembantu pegawai perubatan di pusat kesihatan tertentu.
Saya tidak pasti jika ada tok mudim tradisional yang masih melakukannya.
Cara terbaik berbincanglah dengan doktor yang merawat. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain.
Semoga bermanfaat.
Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap sebarang jangkitan dengan Immuneedz. Ia tablet kunyahan Vitamin C, Vitamin D dan Zink dalam perisa laici strawberi. Sila klik pada gambar di bawah: