UBAT UNTUK PENYAKIT ULURAN
Assalamualaikum..wbt. Dr. Apa kabar? Harap sihat walafiat.
Saya ada satu penyakit yang saya hadapi selepas kahwin hampir 8Tahun. Penyakit Uluran atau hernia. Tidak boleh tidur, badan rasa penat, perut kembung, angin susah nak keluar. Apakah permakanan yg sesuai utk ubati penyakit ini Dr?. Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM
Penyakit uluran juga dikenali sebagai penyakit angin. Ia adalah istilah perubatan Melayu Lama dan bukanlah istilah perubatan moden. Jadi punca dan rawatan penyakit ini berbeza dari perubatan moden.
Sepanjang pemahaman saya, penyakit ini adalah penyakit di sekitar bahagian ari-ari atau bahagian bawah pusat. Sakitnya umpama dihiris-hiris pisau tak tertahan.
Ia disebabkan oleh ‘angin’ (istilah perubatan Melayu Lama. Bukan angin yang kita biasa faham).
Angin ini bergerak keseluruh tubuh sehingga menyebabkan kesakitan kepada pengidapnya. Uluran lelaki ialah apabila angin pasang berhimpun di kawasan testis menyebabkan ianya membengkak.
Antara tanda- tanda seseorang itu mengalami penyakit uluran adalah seperti berikut:
1. Muka pucat, lesu dan letih serta tidak bertenaga.
2. Tapak kaki sentiasa sejuk.
3. Kerap buang air kencing.
4. Perut memulas dan kembung.
5. Sakit di bahagian pinggang, bahu dan labu betis.
6. Hilang selera makan dan seksual. Kebiasaannya penyakit ini akan menyerang dari bahagian ulu hati,perut hingga ke bahagian peha.
Saya tidak mahir berkaitan Perubatan Melayu Lama.
Dari keterangan yang diberikan, mungkin tuan mengalami penyakit hernia dan memerlukan pembedahan jika keadaannya bertambah teruk. Ia mungkin juga hydrocoele atau orchits.
Saya mencadangkan tuan dapatkan pemeriksaan doktor dulu bagi mengetahui diagnosa dan punca sebenar penyakit tuan. Dari situ rawatan sebenar dapat dilakukan.
Semoga bermanfaat.