Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang

NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG

 

Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih.

Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari.

Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah.

Jika ia berlaku dalam tempuh pantang dan telah berhenti selama 15 hari kemudian ia datang semula, ia dikatakan sebagai darah haid. Ini kerana terdapat selang selama 15 hari suci.

Begitu juga apabila darah yang kedua itu melebihi 15 hari tetapi masih belum memelepasi kadar maksimum haid iaitu 60 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadah.

Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. AL-KAFI #608 : DARAH NIFAS BERHENTI SELAMA 15 HARI

Jadi pendarahan selepas melahirkan anak adalah fenomena biasa. Selepas melahirkan anak, dan uri ditanggalkan, terdapat perubahan hormone yang menyebabkan pendarahan dari rahem berlaku. Ia juga disebabkan luka pada rahem apabila uri ditanggalkan. Oleh itu rahem harus mengecut dengan sempurna bagi memastikan pendarahan dalam tempuh ini dapat dikawal.

Pendarahan selepas melahirkan anak mempunyai tempuh berbeza bagi setiap wanita. Ada yang pendek dan ada yang panjang. Pada minggu pertama selepas melahirkan anak, darah akan keluar dengan banyak secara berketul-ketul. Kemudian ia keluar sedikit demi sedikit sehingga berhenti.

Dalam Bahasa perubatan, darah yang keluar (sama ada darah berketul atau lendir bercampur darah) dinamakan lochia yang berlangsung antara dua hingga enam minggu. Ia bukanlah sesuatu yang berbahaya.  Jadi warna lendiran yang keluar berbeza bergantung kepada jumlah darah yang ada bersama lendiran itu.

Pendarahan hari pertama.

Biasanya darah berwarna merah atau sedikit coklat. Jumlah darah yang keluar juga banyak, menyebabkan terpaksa menukar pad setiap dua jam. Kadang darah beku keluar sebesar limau kasturi dan ada kalanya saiz lebih kecil seperti buah anggur.

Pendarahan hari ke dua hingga hari ke tujuh.

Biasanya darah akan berubah dari merah coklat ke warna lebih cerah merah jambu disebabkan jumlah darah yang ada semakin sedikit. Darah yang keluar juga semakin sedikit, dan saiz darah beku yang keluar juga semakin kecil.

Pendarahan hari ke tujuh hingga ke empat belas.

Warna lendiran yang keluar sama dengan lendira pada hari-hari sebelumnya, berwarna merah coklat yang cair atau merah jambu yang cerah. Pendarahan sudah semakin sedikit.

Pendarahan minggu ke dua hingga enam

Pendarahan semakin berkurangan, ada yang sudah berhenti selepas memasuki meninggu ke dua. Namun kebanyakan wanita pendarahan berhenti apabila memasuki minggu ke enam. Warna darah semakin merah cerah atau merah jambu. Sesekali berwarna coklat adalah perkara biasa.

Cuma adakalanya terdapat pendarahan yang luar dari kebiasaan dan perlu mendapat perhatian doctor.

  1. Darah keluar terlalu banyak sehingga terpaksa menukar pad setiap jam. Wanita tersebut mengalami rasa lemah dan susah bernafas akibat kekurangan darah merah.
  2. Darah keluar bersama rasa sakit pada bahagian abdomen yang teruk. Mungkin ada sebahagan uri yang tertinggal.
  3. Darah keluar berwarna merah pekat atau berketul-ketul melebihi seminggu. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh rahem tidak mengecut dengan sempurna selepas melahirkan anak.
  4. Keluar lendiran berbau busuk bersama demam. Ini mungkin disebabkan jangkitan kuman.

Pendarahan yang banyak  disebut sebagai “Tumpah Darah” berlaku apabila darah terlalu banyak keluar dari biasa. Jika ia berlaku ketika tempoh pantang, ia dinamakan “Post-partum haemorrhage” atau lebih tepat puerperal haemorrhage, iaitu pendarahan yang terlalu banyak semasa tempoh berpantang antara hari keduas ehingga minggu ke enam.  Selalunya antara hari ke 6 hingga ke 14. Ia tidak normal dan harus segera dibawa ke hospital.

Bagi mereka yang baru lepas melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan Kacip Fatimah  bersama vitamin C dan vitamin E. Ia membantu mengecutkan rahem dan mengelakkan pendarahan yang berpanjangan, menurut petua Ilmu Perubatan Perbidanan Melayu Lama.

Semoga bermanfaat.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!