SAKIT KEPALA SELEPAS MAKAN UBAT GASTRIK PANTO

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc saya ingin bertanya, saya ada gastrik baru-baru ini. Saya buat scop, doc kata ada radang. Doc bagi ubat panto saya tapi tidak boleh makan kerana saya alami pening yg amat teruk. Ada kah ubat lain yang sesuai. Saya juga mempunyai penyakit hyperthyroidism dan makan ubat proponolol dengan carbimazol. Saya buntu doc sebab saya tak tahan dengan tindak balas ubat. Apa perlu saya buat? Harap doc dapat selesai masaalah saya. Terima kasih.

WALAIKUMUSALAM

Puan ada masalah penyakit hyperthyroidism (masalah berlebihan hormone thyroid yang menyebabkan rasa berdebar, tangan menggigil, berpeluh kuat, emosi tidak menentu, cepat lapar dan beberapa gelaja lain).

Baru-baru ini puan mengalami rasa pedih ulu hati dan telah melakukan pemeriksaan skop OGDS bagi memeriksa permukaan lapisan dalam perut. Doktor telah memberikan ubat Pantoprazole 40mg.

Pantoprazole atau selalu dikenali sebagai Panto adalah sejenis ubat yang menghalang pengeluaran asid. Ia selalu digunakan untuk merawat  luka dalam perut (stomach ulcers),  gastroesophageal reflux disease (GERD) dan masalah lain berkaitan dengan pengeluaran asid berlebihan dalam perut. Dengan menghalang pengeluaran asid, ia membantu penyembuhan luka dan menghalang keradangan dalam perut. Jadi ia bukanlah ubat yang bertindak  secara langsung merawat luka dalam perut.

Selain itu ia juga digunakan untuk merawat Erosive Esophagitis (keradangan esofagus akibat berlebihan asid dalam perut), Helicobacter Pylori Infection (jangkitan  kuman Helicobacter Pylori dalam perut), Zollinger-Ellison Syndrome, Gastro-duodenal ulcer (luka dalam perut dan duodenum).

Tidak dinafikan setiap ubat sintetik mempunyai kesan sampingan tertentu. Ia tidak dialami oleh semua orang, hanya mereka yang lebih sensitive mengalami masalah ini.

Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah:

  1. Sakit kepala
  2. Rasa pahit pada lidah
  3. Selsema dan batuk
  4. Cirit-birit
  5. Loya dan muntah
  6. Rasa letih dan tak bertenaga
  7. Ruam pada kulit

Terdapat juga kesan sampingan yang berbahaya tetapi jarang berlaku iaitu Anorexia  (tiada selera makan).

Jika puan mengalami masalah yang berkaitan dengan kesan sampingan, ia tidak bermakna ubat ini berbahaya. Ia hanya bermakna ia tidak sesuai diamalkan oleh puan, apatah lagi puan mengalami masalah hyperthyroidism yang mungkin menyumbang kepada masalah lebih sensitive pada ubat yang diberikan.

Nasihat saya, berbincanglah dengan doctor yang merawat. Doktor mungkin akan memberikan ubat lain yang sesuai untuk puan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!