SLIPPED DISC SETELAH JATUH DARI MOTORSIKAL

“Assalamua’alaikum  Dr Zubaidi. Saya pernah jatuh motor. Pinggang saya sakit, tak boleh tunduk, bongkok, duduk atau berdiri lama. Tak boleh pusingkan badan ke kiri atau kanan. Baring pon terasa sakit. Pernah urut. Katanya tulang pinggang saya sudah lari dari kedudukan asal. Lepas urut rasa makin teruk sakitnya. Pernah pegi buat pemeriksaan dgn doktor. Dah x ray, ujian darah semua. Doktor pon cakap hal yg sama. Sy tak boleh buat kerja berat. Duduk lama pon sakit sgt pinggang sy. Adakah ini di namakan slipped disc? Terima kasih”.

 

WAA’LAIKUMUSALAM

 

Kecederaan tulang belakang adalah suatu kecederaan yang serius. Ia bukan saja menyebabkan pesakit tidak mampu bergerak dengan sempurna, tetapi ia juga boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk sehingga lumpuh apabila melibatkan saraf tunjang.

 

Agak sukar untuk menentukan masalah sakit belakang yang tuan alami. Pemeriksaan xray mungkin hanya membantu bagi melihat ada kecederaan patah tulang yang dialami. Pemeriksaan darah hanya mungkin dapat melihat masalah kekurangan darah yang tuan alami akibat kemalangan itu.

 

Pada amnya kecederaan motorsikal yang teruk tidak cukup diperiksa hanya dengan xray atau pemeriksaan darah jika kesakitan yang dialami masih terasa selepas beberapa minggu. Buatlah pemeriksaan lebih lanjut seperti MRI  bergantung kepada penilaian doctor.

 

Berbalik kepada pertanyaan tuan berkenaan dengan slipped disc.

 

Slipped disc adalah penyakit yang menyebabkan pesakit terasa sakit belakang sehingga tidak boleh menggerakkan tubuh dan ia menjadi lebih teruk jika pesakit menyebabkan rasa kebas pada bahagian kaki. Ia boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika tidak dirawat dengan sempurna.

 

Koyakan pada ligament yang memegang tulang rawan intervertebral disc, menyebabkan bahagian dalam cakera ini ( yang dinamakan nucleus polposus) terkeluar dan menghimpit saraf tunjang atau saraf perferi. Ia juga menyebabkan keradangan di kawasan tersebut.

 

Ada kes di mana kecedaraan pada tulang rawan intervertebra yang tidak teruk tetapi masih menyebabkan kebas pada kaki dan sakit belakang akibat keradangan yang berlaku, bukan disebabkan himpitan pada saraf.

 

Pemeriksaan xray  hanya akan jarak di antara tulang belakang semakin menyempit. Pemeriksaan MRI pula dilakukan untuk melihat lebih jelas dan dapat memberikan diagnosis yang lebih tepat.

 

Oleh itu saya menasihatkan tuan agar berjumpa semula dengan doctor bagi pemeriksaan semula dan mendapat rawatan yang lebih sempurna sebelum terlambat.

 

Sekian semoga bermanfaat.

 

Rujukan:

Mixter WJ, Barr J. Rupture of the intervertebral disc with involvement of the spinal cord. N Engl J Med. 1934. 211:210-4.

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

 

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Check Also

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL? Assalaamualaikum. Maaf nk tnya. Ayah saya disahkan …

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: