“Assalmualaikum Dr. Anak saya kena jangkitan chicken pox. Bahagian badan sudah kering kerana ia pecah sendiri. Gelembung di tapak tangan masih ada. Perlukah dipecahkan?”
WALAIKUMUSALAM
1. Bagi gelembung yang berlaku akibat jangkitan Chicken Pox, puan boleh biarkan saja gelembung itu mengecil dan kering sendiri seperti yang berlaku pada bahagian badan.
2. Andai kata ia pecah tanpa disengajakan, puan boleh membersihkannya menggunakan air yang mengalir, keringkan dan disapukan sebarang bahan antiseptik (contoh ubat kuning).
3. Jika warna cecair gelembung bertukar warna dari jernih ke kuning, bermakna ada jangkitan kuman di situ. Boleh pecahkan, bersihkan dan sapukan bahan anti septik. Antibiotik tidak semestinya diperlukan.
Semoga bermanfaat.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
