“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin …
Read More »Doktor Menjawab
RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)
“Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia. Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia. Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan maxillofacial dan pembedahan plastik. PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi …
Read More »Luka Diabetes
LUKA DIABETES “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik. Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis. Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif. Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, …
Read More »Kitaran Haid 40-60 Hari
KITARAN HAID 40-60 HARI.. “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila …
Read More »SUDAH MENGAMBIL UBAT BATUK TETAPI BELUM SEMBUH
“Salam doktor, saya mengalami batuk selama dua minggu. Pelbagai jenis ubat batuk yang saya gunakan. Saya ambil dari klinik dan hospital dan ada yang saya beli dari farmasi dan kedai ubat. Ia belum sembuh. Adakah ubat-ubat yang saya ambil tidak lagi berkesan kepada saya? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Batuk adalah bukan penyakit. Ia adalah mungkin gelaja bagi penyakit yang lebih serius atau ia adalah sebagai tindak balas refleks yang normal apabila melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau apabila terkena bahan-bahan seperti habuk, atau hawa yang sejuk. Adakalanya batuk disertai dengan selsema dan demam yang rendah. …
Read More »NAJIS ANAK ADA DARAH
“salam doktor. Anak saya berumur kurang 2 bulan. Semasa pantang, najisnya mempunyai darah (seperti sehelai bulu mata), saya ingatkan ianya disebabkan pemakanan saya. Saya kurangkan pengambilan makanan pedas dan monitor najis anak saya. Namun selepas pantang, kejadian sama berulang lagi sebanyak 2kali. Kali terakhir, darah lebih banyak berbanding biasa. Adakah ini disebabkan masalah usus. Mohon pencerahan doktor dan apakah yang patut dilakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Langkah pertama yang puan lakukan ialah pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal. Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah. Saya mencadangkan …
Read More »BINGUNG CYST DAN KEHAMILAN
“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya pendapt tentang perkara yang sedang saya alami skrg, iaitu berkaitan dengan kehamilan. Saya telah membuat ujian UPT di rumah dan keputusan kabur. Hari pertama haid saya yang terakhir ialah 26.8.2014. Saya telah ke klinik swasta pada 8.10.2014 untuk kepastian dan ujian UPT menunjukkan jalur lebih terang berbanding yang dibuat di rumah. Apabila doctor melakukan pemeriksaan perut, doctor memberitahu tiada apa-apa yang dapat dikesan cume ada cyst sebesar 3x3cm. Doktor juga memberitahu kemugkinan saya hamil tetapi janin tidak jelas. Saya sy perlu melakukan pemeriksaan ultrasound ulangan, tambahan pula ada keluar cairan coklat dalam kuantiti sedikit setiap …
Read More »anak kurang berat badan
ANAK BERAT KURANG “Salam doktor, anak saya berusia satu tahun dan empat bulan. Namun berat badannya hanya 8kg. Bagaimana hendak meningkatkan berat badan dia. Adakah ini akan beri kesan sampingan pada anak saya bila besar nanti?” WA ALAIKUM MUS SALAM Walaupun mungkin berat anak puan agak ringan, namun begitu, berat badan sahaja tidak memberi makna bahawa seorang kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan fizikal yang perlahan. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur pada ketinggiannya, berat badan dan lilitan kepala dan dipadankan dengan umur dan jantinanya. Setelah kelima-lima parameter ini akan dipadankan pada graf pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak tidak dikira dengan BMI, tetapi …
Read More »berhati-hati menggunakan shampu anti kutu
BERHATI-HATI MENGGUNAKAN SHAMPOO ANTI KUTU “as salam dr zubaidi, saya nak tanya. bolehkah wanita mengandung (8 bln) menggunakan ubat kutu? terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebelum menggunakan sebarang shampoo anti-kutu, sentiasalah baca arahan pada pek atau risalah yang diletakkan di dalam kotak shampoo tersebut. Shampoo anti kutu haruslah digunakan berhati-hati oleh: 1. bayi yang berusia di bawah usia enam bulan 2. wanita hamil dan menyusukan anak 3. individu yang mengalami asma atau mudah mendapat alahan Jika anda masih tidak pasti, dapatkan nasihat daripada pegawai farmasi di tempat shampoo itu dijual. Walau bagaimana pun terdapat shampoo anti-kutu yang …
Read More »Adakah proses induksi kelahiran selamat?
PROSES INDUKSI KELAHIRAN, ADAKAH IA SELAMAT? “Salam doktor, saya sedang hamil 39 minggu. Menurut doktor jika tiada rasa sakit untuk hamil, berkemungkinan saya akan diinduksi proses kelahiran. Adakah ia selamat. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya semasa bekerja di wad persalinan (obstetric), iaitu soalan yang sama juga ialah adalah proses induksi kelahiran selamat? Tidakkah ia mengganggu proses kelahiran yang normal? Induksi kelahiran adalah proses permulaan kelahiran yang dibantu olrh doktor dengan beberapa kaedah dan ubat, agar selepas itu proses kelahiaran yang normal (dengan rahem mengecut) dapat dapat bermula. Tujuan proses …
Read More »Jangkitan Kuman Paru-paru di Kalangan Bayi
“Doktor apakah tanda jangkitan paru-paru pada bayi 1 tahun 8 bulan?. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM United Nations Children’s Fund (UNICEF) telah membuat anggaran bahawa penyakit jangkitan kuma di paru-paru (pneumonia) di kalangan kanak-kanak telah membunuh kira-kira 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun. Ini bermakna jangkitan penyakit ini sangat bahaya. Kematian ini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik paru-paru akibat kelahiran pra-matang, penyakit jantung semenjak lahir (kongenital), dan kanak-kanak yang mengalami daya tahan yang rendah (immunosuppression). Walaupun kebanyakan kematian berlaku di negara-negara yang miskin, tetapi ia masih menjadi punca utama kematian …
Read More »najis terapung
NAJIS TERAPUNG “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya perhatikan najis saya tidak tenggelam dlm mangkuk jamban. Apa penyakit dan sebab-sebabnya..?” WA ALAIKUM MUS SALAM Najis yang dikeluarkan dari system penghadaman , bergantung kepada apa yang kita makan. Apa yang kita makan, itu yang kita keluarkan. Namun ada beberapa penyakit yang menyebabkan penghadaman kita terganggu dan menyebabkan najis kita menjadi tidak normal. Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur. Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang …
Read More »kesan sampingan ubat antacid
KESAN SAMPINGAN UBAT ANTACID “Salam doctor. Saya sering mengalami pedih perut terutama pada waktu malam. Jadi saya ada stok beberapa jenis ubat gastrik seperti Gelusil dan MMT dalam petiais. Apakah kesan sampingan ubat itu jika saya kerap mengambilnya? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semua ubat yang diambil secara berlebihan akan memberikan kesan sampingan. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi dan pantauan dari doctor. Ubat antacid tidak terlepas dari masalah ini. Antara kesan sampingannya ialah: Antasid boleh menyebabkan masalah ‘gastrik’yang dialami bertambah teruk jika digunakan dalam jangka masa yang lama dan …
Read More »hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik
HAMIL LENDIRAN DARAH DI MULUT SELEPAS MAKAN ANTACID UNTUK GASTRIK Assalammualaikum doctor. Saya hamil 12 minggu dan sering diserang gastrik yang teruk. Semalam saya kena serangan gastrik lagi. Kemudian saya ambil pil antacid, tetapi bila bangun pagi ini ada keluar lendiran berwarna merah. Adakah kesan dari pengambilan pil itu? Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Lendiran berwarna merah, (berkemungkinan darah) sangat berbeza dengan muntah darah atau batuk berdarah. Muntah darah selalunya seseorang itu akan betul-betul muntah, dan isi muntahan itu mengandungi campuran makanan yang dimakan, dan darah yang berketul. Darah itu …
Read More »Berapa lama susu ibu boleh bertahan
BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN? “Salam doctor. Semoga dr berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya mahu bertanyakan, berapakah tempoh hayat sebenar bagi susu ibu yang diperah dan disimpan dalam deep freezer? Adakah benar-benar tempoh maksimum hanya sehingga 6 bulan? Atau masih boleh digunakan setelah tempoh 6 bulan?. Ini kerana saya menghasilkan susu sebanyak lebih kurang 50-60 oz sehari, maka masih terdapat susu yang telah melebihi tempoh tersebut yang masih belum dgunakan. Saya juga telah mencuba susu tersebut & mendapati rasanya sama sahaja dengan susu-susu yang masih belum tamat tmpohnya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. …
Read More »kesan sampingan makan ubat pencair darah aspirin
KESAN SAMPINGAN MAKAN UBAT PENCAIR DARAH ASPIRIN “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkaitan keadaan suami saya. Beliau menjalani prosuder jantung dan diberikan ubat aspirin. Alhamdulillah beliau beransur sembuh, cuma beliau mengalami alergi yang agak teruk seperti ruam merah dan kulit ditapak tangan, jari dan kedua belah kaki beliau mengelupas sehinggakan lapisan pertama kulit hilang sama sekali. Semasa merujuk kepada hospital kerajaan di sini doktor telah memberikan jenis ubat alergi iaitu clartyne. Mohon pencerhan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat aspirin selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat di tahap sederhana. Ubat-ubat lain seperti warfarin hanya …
Read More »KENAPA BAYI TIDAK DIBENARKAN PULANG KE RUMAH?
Salam Dr, kakak saya baru melahirkan seorang bayi, namun bayi tersebut dilahirkan 3 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka disebabkan kakak saya mempunyai masalah air mentuban yang sikit. Bayi telah dimasukkan ke NICU setelah dilahirkan disebabkan darah merahnya terlalu pekat. Doktor telah melarang kakak saya untuk menyusukan bayinya, namun pihak hospital telah memberikan susu ‘khas’ (mungkin susu formula, saya tak pasti). Setelah diberi susu tersebut, bayi kakak saya muntah. Setelah diberi susu ‘khas’ selama 2 hari, bayi masih lagi muntah, jadi doktor cakap bayi kakak saya mungkin mmpunyai masalah dalam perut kerana masih muntah. Jadi mereka terpaksa menahan …
Read More »Pesakit diabetes perlu bersedia sebelum hamil
“Salam doctor. Saya seorang pesakit diabetes, berusia 28 tahun. Saya menggunakan daonil 10mg dua kali sehari. Semenjak kelahiran pertama, kandungan gula saya agak tinggi dan akhirnya doctor memberitahu bahawa saya mengalami penyakit diabetes. Sebelum itu saya tidak mempunyai penyakit ini. Dua minggu lepas, sepupu saya juga pesakit diabetes telah koma ketika melahirkan anak beliau. Doktor mengesahkan bahaya ia disebabkan komplikasi diabetes. Saya amat risau tetapi dalam masa yang sama ingin mempunyai anak lagi. Anak pertama say telah meninggal dunia akibat masalah pneumonia setelah 3 bulan dilahirkan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Kehamilan di kalangan pesakit …
Read More »CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR
“Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kitaran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah 3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar. Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih banyak lagi. Tidak semua …
Read More »Penyakit Kelamin
PENYAKIT KELAMIN “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan? Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti. Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan …
Read More »PUNCA MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
“Salam doctor. Saya mengalami sakit kepala migraine sejak remaja. Sakit kepala itu sesekali datang dan kali terakhir saya mengalaminya ialah pada 5 tahun yang lepas. Baru-baru ini anak perempuan saya berusia 12 tahun mengadu sakit kepala. Adakah ia berpunca dari masalah keturunan. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Terima kasih kasih atas pertanyaan puan. Ya sakit kepala migraine boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, walaupun ia berumur kurang dari 15 tahun. Dalam satu kajian, mendapati bahawa 40% dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah mengalami sakit kepala yang membimbangkan, dan 75% lagi pernah mengalami sakit …
Read More »MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
“Salam doktor Anak saya berusia 11 tahun kena migrain. Saya sudah jumpa doktor pakar dan dia bagi macam-macam ubat termasuk ubat tahan sakit. Benarkah migraine boleh berlaku pada kanak-kanak. Mohon pencerahan. Terima kasih”. Sakit kepala pada kanak-kanak dan remaja sering berlaku dan masih kurang didiagnosis oleh doktor. Saya masih ingat ketika saya menderita sakit kepala yang teruk selama seminggu ketika belajar di matrikulasi UKM ketika saya berumur 18 tahun. Saya tidak boleh membaca buku, sering rasa loya dan muntah dan rasa mahu tidur saja. Ini sangat mengganggu pembelajaran saya dan akhirnya keputusan peperiksaan saya pada semester itu sangat teruk. Ketika …
Read More »LAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEBELUM BERJOGING
“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu. Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk. …
Read More »Lelaki juga memerlukan senaman Kegel
LELAKI JUGA MEMERLUKAN SENAMAN KEGEL SEBAGAI LANGKAH MENCEGAH KENCING TIDAK LAWAS Saya sering mendapat pertanyaan dari lelaki berumur 50an mengenai masalah mereka tidak tos buang air kecil. Di usia begini jika mengalami masalah kawalan air kencing, sudah tentu agak sukar memberishkan diri sebelum melakukan solat.Oleh itu saya sering menyarankan agar melakukan senaman Kegel. Senaman ini tidak akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda, tetapi mereka dapat menguatkan otot pada kawasan kemaluan, yang menyokong pundi kencing. Apabila otot di kawasan anus dan punci kencing menjadi lemah, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kawalan air kencing. Senaman kagel ini bukan …
Read More »KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)
“Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang …
Read More »Wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang
WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di …
Read More »Menggunakan EPO Ketika Menyusukan Anak
MENGGUNAKAN EPO KETIKA MENYUSUKAN ANAK “Salam doctor, bolehkah ibu menyusu makan evening primrose oil? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai saintis berpendapat bahawa ibu yang menyusukan anak MUNGKIN selamat menggunakan minyak Evering Primerose. Sungguh pun MUNGKIN selamat (kerana belum ada kajian dan laporan yang mengatakan EPO berbahaya diambil ketika menyusukan anak), namun saintis mencadangkan agar mengelakkan penggunaan buat sementara waktu sehingga selesai tempuh menyusukan anaknya. Walau bagaimanapun, mereka juga mencadangkan agar tidak menggunakannya ketika hamil. Saya sendiri berpendapat bahawa EPO boleh diamalkan sebagai suplemen ketika menyusukan anak kerana susu ibu sendiri mengandungi LA …
Read More »Lelaki botak dikaitkan dengan penyakit prostate kanser
LELAKI BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE “Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, benar. Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini. Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu. Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai …
Read More »Anak sering demam sejak masuk TASKA
ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA “Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah. Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam. …
Read More »LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI
“Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar. Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari. Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu …
Read More »KESAN KEHAMILAN TERHADAP PENYAKIT ASTHMA
“Salam doktor. Apakah risiko saya mengalami asthma apabila saya hamil? Untuk pengetahuan doktor saya agak kerap diserang asthma tetapi setakat ini hanya menggunakan inhaler dan nebulizer salbutamol saja. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asthma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asthma. Tetapi bagi wanita yang pernah mengalami asthma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadapan penyakit asthmanya berbeza-beza. Satu pertiga dari pesakit asthma yang hamil, akan mengalami serangan asthma yang teruk. Satu pertiga lagi akan merasakan penyakit asthmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap …
Read More »YOGURT UNTUK KANAK-KANAK DAN BAYI
“Salam doctor, bolehkah yogurt diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah untuk mengurangkan kembung perut dan merawat sembelit ? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebaiknya bayi diberikan susu secara ekslusif (tiada tambahan makanan lain kecuali susu sahaja) sehingga berumur satu tahun, dan boleh diberikan bersama makanan lain selepas berumur satu tahun. Islam pula menggalakkan pemberikan susu sehingga bayi/kanak-kanak berumur dua tahun. Yogurt adalah makanan bayi yang baik. Ia mengandungi banyak protein berkualiti tinggi, banyak kalsium, dan mengandungi banyak bakteria yang baik/berfaedah. Oleh itu yogurt sesuai diberikan kepada bayi yang berusia lebih enam bulan. Selepas enam …
Read More »Susu kambing untuk bayi berumur 6 bulan
SUSU KAMBING UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN Lifelong Left Foot Pain Sep 9, 2014 PRESENTATION “Assalammualaikum doctor, saya ingin bertanya berkenaan susu tepung susu kambing yang semakin mendapat perhatian ibu bapa sebagai ganti susu lembu yang berada di dalam pasaran sekarang. Apa pendapat doctor mngenai susu tepung susu kambing untuk bayi 6 bulan ke atas? Saya sebagai ibubapa perlu mendapat kesahihan produk bukan sahaja dari segi halal malah kandungan yang terdapat di dalam susu trsebut membantu dalam tumbesaran kanak-kank . Apa yang perlu saya kaji sebelum memberikan susu ini kpda anak saya? Mohon pandangan doctor. Terima kasih” …
Read More »Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi
RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan. Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka. Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini …
Read More »D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan
D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN “Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih” D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius. Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika …
Read More »Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem
RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM? “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak. Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah …
Read More »