Doktor Menjawab

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah …

Read More »

Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL   “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.   Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti …

Read More »

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?

“Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua …

Read More »

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN

“Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil.   Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.   Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak …

Read More »

JENIS-JENIS KEGUGURAN

“Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah. Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155) Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan …

Read More »

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN

“Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM. Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula. Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula. Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau tidak, berdasarkan jenis keguguran yang berlaku. 1. …

Read More »

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN

“Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu. Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah …

Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang …

Read More »

Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan

UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”.  Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.   Ia sangat  berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:   Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’   Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg …

Read More »

Demam selepas melahirkan anak

DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak seminggu dan mengalami demam panas. Badan saya menjadi letih da nada kalanya menggigil. Adakah demam saya berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang)  sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj)  atau secara pembedahan Cesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.   Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.   Demam sebegini da dikenali sebagai  “Postpartum Fever “, …

Read More »

Pembungan rahem dan pendarahan

PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN   Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya. 1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c.   2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang   3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi  kehamilan  ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya …

Read More »

Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon

WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun.   Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan ‘etonogestrel’.   Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas.   Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur ovum dari ovary. Ia bermakna tiada telur wanita yang keluar untuk disenyawakan. Selain itu ia menukar tekstur lendiran faraj menjadi lebih pekat sehingga sperma tidak boleh berenang masuk ke dalam rahem.   Apabila Implanon diletakkan dengan betul, kebarangkalian untuk hamil menjadi amat rendah, iaitu satu kehamilan dalam 100 wanita …

Read More »

HABBATUS SAUDA DAN KEHAMILAN

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.   Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di …

Read More »

Kitaran haid dan Implanon

KITARAN HAID DAN IMPLANON   “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya telah 2 tahun lebih mengambil implanon dan akan mengeluarkannya pada Jun 2015. Bermula tahun kedua pemakaian, saya sering mengalami haid yang lama, hingga 3 minggu. Sebelum ini, saya ambil pil perancang keluarga untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Selepas 3 bulan pengambilan pil perancang, haid masih begitu. Saya baru mengambil pil kacip fatimah UTM untuk mengatasinya. Soalannya, setelah haid melebihi 15hari, saya bercadang untuk mengambil pil perancang untuk menghentikan pendarahan dan bolehkah diambil kacip fatimah itu semasa istihadah ? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Implanon …

Read More »

SAKIT BAWAH PERUT AKIBAT MASALAH ROUND LIGAMEN MENEGANG

“Salam doktor, saya berumur 16 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami rasa sakit di bahagian abdomen, terutama selepas bangun pagi. Kadang kala sakit ini berlaku ketika saya ketawa, berlari dan berjalan. Adakah itu yang disebut sebagai ‘round ligament pain’? Mohon doctor memberikan penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Dalam tubuh wanita, terdapat satu struktur ligament yang kuat dinamakan “round ligament of the uterus”yang terletak dalam abdomen. Ligamen ini berbentuk leper dan mengikat sudut antara rahem dan saluran fallopian dengan  seterusnya memasuki satu saluran dinamakan  “inguinal canal” yang terletak dicelah peha  dan tertambat pada bibir faraj (labia majora).  Ligamen ini …

Read More »

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL MUNGKIN TANDA KANSER RAHIM

“Salam doktor, bagaimanakah tandar kanser rahem yang biasa dapat dikesan pada peringkat awal. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kanser rahim mudah dikesan kerana ia mempunyai gejala (tanda) yang sangat jelas. Antaranya ialah pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Ramai wanita yang sudah menopause yang mengambil sikap sambil lewa kerana menyangka mereka mengalami darah haid semula. Sebab itu ramai yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser dalam rahem merebak ke tahap yang lebih bahaya. Oleh itu jika seoarang wanita yang sudah mengalami menopause, kemudian mengalami pendarahan seperti darah haid, mereka sepatutnya mereka segera membuat pemeriksaan sebelum doktor. Wanita …

Read More »

PCOS berkaitan dengan penyakit kanser rahem, kitaran haid tidak menentu dan ketidaksuburan

PCOS BERKAITAN DENGAN PENYAKIT KENSER RAHEM, KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU DAN KETIDAKSUBURAN “Salam doktor, bolehkan PCOS menyebabkan penyakit kanser rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM. Polycystic Oavrian Syndrome  (PCOS) mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keseimbangan hormone dalam tubuh wanita. Ia menyebabkan masalah ketidaksuburan wanita, apabila ovulasi (proses pengeluaran telur wanita, ovum) tidak berlaku secara tetap pada setiap bulan. Ia juga menyebabkan peningkatan hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan seorang wanita. PCOS tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti senggugut, maka ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur me­ngalami PCOS dan 30 …

Read More »

KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL

  “Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia). Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa mengandung. Cuma agak keletihan, …

Read More »

Perlukah antibiotik dan ubat tahan sakit selepas pembedahan buang besi

PERLUKAN ANTIBIOTIK DAN UBAT TAHAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN BUANG BESI   “Assalam mu alaikum doktor. Saya berumur  13 tahun  dan akan menjalani pembedahan untuk “buang besi dalam tulang” Selepas pembedahan itu, perlukah saya makan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit ?  sekian terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Pembedahan mengeluarkan semula bendasing logam yang berupa plate, skru, pin dan sebagainya dari tulang selepas tulang telah bercantum semula adalah pembedahan yang biasa dilakukan di Jabatan Orthopaedic (Tulang).   Bergantung kepada tulang terlibat, pembedahan mengeluarkan semula logam ini ada yang dilakukan dengan bius pengsan (general anesthesia) dan ada yang dilakukan …

Read More »

Folic acid 1 mg atau 5 mg?

FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL?   “Assalamualaikum doktor.  Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting  kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects.   Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk  https://drzubaidi.com/blog/?p=1038.   Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg)  atau 0.4 miligram (mg) setiap hari …

Read More »

Bengkak alat kelamin

BENGKAK ALAT KELAMIN “Salam doctor, saya mengalami bengkakan pada alat kelamin saya. Doktor wanita yang memeriksa mengatakan bahawa ia adalah sejenis cyst. Boleh jelaskan mengenainya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pada pintu faraj setiap wanita, terdapat sepasang kelenjar yang dinamakan  kelenjar Bartholin, yang berada di kanan dan kiri bukaan faraj. Ia berfungsi  menghasilkan pelincir  yang akan dikeluarkan dengan banyak ketika seseorang wanita mengalami keghairah sebagai persediaan untuk hubungan seksual bersama suami. Apabila kelenjar ini tersumbat, menyebabkan cecair kelenjar ini berkumpul dan membentuk ketumbuhan cyst .Lama kelamaan cyst ini semakin membesar saiznya dan mula dapat dirasakan kehadirannya. Bartholian Cyst bukanlah ketumbuhan yang …

Read More »

Guna Pil Perancang Hari ke 12

GUNA PIL PERANCANG HARI KE 12 “Assalam mu alaikum doktor, Maaf menggangu, nak mintak pendapat doktor tentang pil perancang. Bolehkah sekiranya saya mula mkn pil itu pada hari ke 12 dari period? adakah fungsi pil itru akan berkesan? untuk makluman doktor, saya tidak pernah mengambil pil sebelum ini. terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang kehamilan selalunya diambil pada hari pertama, atau ketiga atau ke lima, bergantung kepada janis pil. Tidak ada yang disyorkan untuk ambil pada hari ke 12. Pil ini selalunya berkesan selepas 2 hari diambil. Sebab itu ia diambil pada hari masih haid, bagi melindungi hubungan …

Read More »

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN?

  “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG. …

Read More »

Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital

UJIAN KEHAMILAN MENGGUNAKAN CLEARBLUE DIGITAL   “Salam doktor, sya telah lewat haid 3 hari dan keputusannya ialah seperti dalam gambar. Saya nak tahu, bila masa sesuai untuk saya ke klinik buat ujian kehamilan untuk memastikan saya betul-betul hamil. Terima kasih ?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian kehamilan jenama Clearblue Digital mempunyai satu kelebihan apabila dapat mengirakan usia kehamilan wanita yang menggunakannya.   Pihak pengeluar mendakwa usia kehamilan yang dikirakan dengan alat ini adalah tepat dan menyamai ketepatan pemeriksaan menggunakan mesin ultrasound.   Dia menggunakan teknik  Dual Smart Sensor ™ seperti ujian dua dalam satu yang bukan sahaja memberitahu …

Read More »

Mengapa UPT Negatif Tapi Tiada Haid

MENGAPA UPT NEGATIF TAPI TIADA HAID   Salam doctor, saya ingin bertanya. Kali terkhir saya adalah 8 oktober lepas. Sepatutnya  saya haid semula pada 5 Nov. Pada 7 nov  saya  buat UPT dan keputusannya negative. Pada 12 nov saya ulangi semula, tapi keputusannya masih negative dan haid saya belum dating juga.   Soalan saya, apakah kemungkinan yang menyebabkan period saya lewat selain hamil? Untuk makluman, sy tidak mengambil sebarang ubatan.   Mohon doktor  membantu..terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM Masa untuk pemeriksaan yang sesuai ialah dua minggu dari tarikh sepatutnya puan dating haid. Dalam kes puan, masa yang seuai …

Read More »

Pembedahan Buang Ovari Menyebabkan Gejala Menopause

PEMBEDAHAN BUANG OVARI MENYEBABKAN GEJALA MENOPAUSE   Assalamualaikum & selamat pagi dr.zubaidi.  Saya ingin bertanya, mama saya sudah buang rahim sebab fibroid. Adakah akan menopous, akan panas-panas badan.? Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Pembuangan  rahem disebut “hysterectomy” . Pembunagn rahem bersama pangkal rahem (serviks) dinamakan “total hysterectomy” Pembuangan kedua-dua belah ovari dan saluran fallopian disebut “Bilateral Salpingo-Oophorectomy”. Pembungan keseluruhan rahem (termasuk pangkal rahem) bersama dengan kedua-dua belah ovary dan saluran fallopian dinamakan “Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy” Pembungan rahem di kalangan wanita yang subur, tidak menyebabkan menopause. Pembuangan kedua-dua belah ovary dalam mana-mana pembedahan yang disebutkan di atas …

Read More »

KEGUGRUAN DAN TIDAK BUAT D&C, KITARAN HAID TIDAK TERATUR

“Assalamualaikum Dr. zubaidi. Pada lepas saya pernah keguguran semasa usia kehamilan saya  8 minggu. Semasa gugur, ada keluar ketulan daging bercampur darah. Ibu mertua saya tidakbenarkan buat D&C. Sehingga sekarang saya tidak pernah lagi buat sebarang rawatan atau vaginal scan untuk keguguran. Masalanya kitaran haid saya tidak teratur dan  sehingga kini masih lagi belum hamil. Apakah tindakan yang perlu saya buat sekarang. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya difahamkan keguguran puan telah berlaku pada tahun lepas. Pada masa yang sama puan perasan “keluar ketulan daging bercampur darah” berkemungkinan janin yang masih bersaiz kecil telah keluar ketika keguguran itu. Selalunya pada peringkat …

Read More »

Mahu kahwini anak pesakit HIV

MAHU KAHWINI ANAK KEPADA PESAKIT HIV   “Assalamuaikum dr,kawan saya akan berkahwin dengan seorang gadis di mana bapanya telah meninggal dunia kerana jangkitan HIV. Ketika itu anak perempuannya masih berumur 2thn. Setelah anak perempuannya membesar ahli keluarga lain telah membawa anak perempuan tersebut untuk pemeriksaan HIV dan keputusannya adalah negatif di mana dia tidak dijangkiti HIV bapanya. Soalan saya, adakah keputusan itu sememangnya benar dan tepat dan walau keputusan hiv adalah negative, adakah dia masih dikatakan sebagai “pembawa hiv”?Mohon pencerahan. Terima kasih” WaA ALAIKUM MUS SALAM Ya. Ujian HIV yang terbaru digunakan di mana-mana makmal moden yang mendapat pengiktirafan KKM …

Read More »

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.   Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan …

Read More »

MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG

  “Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak.   Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang.   Ini kerana dibimbangi …

Read More »

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU

  “Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu.   Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja.   Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram bagi setiap biji.   Noriday …

Read More »

BILA LAKUKAN PAP SMEAR

“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa …

Read More »

Kaedah perancang keluarga yang mengurangkan penghasilan susu

KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU   “Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan  Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu.   Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga  untuk …

Read More »

Keputusan pap smear tidak normal

KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan pap smear  adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita. Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil  dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop. Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap smear ini memberi peluang yang lebih …

Read More »

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL

“Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan …

Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ   “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian …

Read More »
error: Content is protected !!