KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU
“Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu.
Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga untuk bertanyakan kepada doctor atau ahli farmasi yang bertugas, sama ada kaedah itu menggunakan sebarang hormone estrogen.
Pil perancang keluarga biasanya mengandungi dua jenis hormon iaitu estrogen dan progesterone bagi tujuan keseimbangan hormone dan dalam masa yang sama menghalang kehamilan.
Secara semulajadi, semasa menyusukan anak, hormone estrogen pada tahap yang rendah. Tahap yang merndah ini akan menyebabkan penghasilan susu yang banyak.
Jadi apabila seorang wanita mengambil sebarang kaedah perancang keluarga yang mengandungi hormone estrogen, ia akan menyebabkan peningkatan tahap horhormonei dalam badan dan seterusnya akan mengurangkan penghasilan susu ibu.
Jadi sebarang keadah perancang keluarga yang mengandungi hormone estrogen harus dielakkan, dan kaedah perancang keluarga yang hanya mengandungi hormone progesterone saja yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.
Bagi wanita yang puan menggunakan keadeah perancang kehamilan yang memasukkan alat ke dalam rahem dipanggil “intrauterine contraceptive device” (IUCD), kaedah ini tidak mengganggu penghasilan susu.
Terdapat dua jenis IUD, satu jenis tidak menggunakan hormon sama sekali dan satu lagi yang menggunakan hormone progesterone pada dos yang kecil. Kedua-dua jenis IUCD ini selamat dan tidak akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
Begitu juga dengan suntikan Depo Provera yang menggandungi hormone progesterone, yang disuntika setiap tiga bulan. Ia juga tidak mengganggu penghasilan susu ibu.
Walau bagaimana pun memasukkan hormone progesterone melalui pil, suntikan atau alat ke dalam rahem, bukan saja menghalang kehamilan, tetapi ia boleh memberikan kesan sampingan terhadap kitaran haid.
Wallahu a’lam
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my
Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus. Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER