Bengkak alat kelamin

BENGKAK ALAT KELAMIN

doctor-patient

“Salam doctor, saya mengalami bengkakan pada alat kelamin saya. Doktor wanita yang memeriksa mengatakan bahawa ia adalah sejenis cyst. Boleh jelaskan mengenainya?”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Pada pintu faraj setiap wanita, terdapat sepasang kelenjar yang dinamakan  kelenjar Bartholin, yang berada di kanan dan kiri bukaan faraj. Ia berfungsi  menghasilkan pelincir  yang akan dikeluarkan dengan banyak ketika seseorang wanita mengalami keghairah sebagai persediaan untuk hubungan seksual bersama suami.

Apabila kelenjar ini tersumbat, menyebabkan cecair kelenjar ini berkumpul dan membentuk ketumbuhan cyst .Lama kelamaan cyst ini semakin membesar saiznya dan mula dapat dirasakan kehadirannya.

Bartholian cyst

Bartholian Cyst bukanlah ketumbuhan yang berbahaya dan jarang bertukar menjadi kanser.

Namun cecair di dalam cyst tadi boleh menjadi nanah apabila berlaku jangkitan kuman ke dalamnya.

Jika agak besar melebihi 2cm selalunya doctor akan melakukan pembedahan kecil, sama untuk menyedut cecair di dalam cyst ini atau melakukan pembedahan membuang keseluruhan cyst tersebut.

Wallahu a’lam.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!