“Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu.
Pil Perancang Keluarga Noriday termasuk dalam kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill) kerana ia hanya mengandungi satu jenis hormon progestogen sahaja.
Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram bagi setiap biji.
Noriday boleh diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Hanya sejumlah kecil hormone progesterone yang akan masuk ke dalam susu ibu,( antara 1 hingga 6 peratus daripada jumlah di dalam badan ibu).
Dalam kebanyakan penyelidikan setakat ini, menunjukkan bahawa ia selamat dan tidak memberikan kesan buruk kepada pengeluaran susu ibu, dan tidak memberikan kemudaratan pada kesihatan bayi.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz