“Assalamualaikum Dr. zubaidi. Pada lepas saya pernah keguguran semasa usia kehamilan saya 8 minggu. Semasa gugur, ada keluar ketulan daging bercampur darah. Ibu mertua saya tidakbenarkan buat D&C. Sehingga sekarang saya tidak pernah lagi buat sebarang rawatan atau vaginal scan untuk keguguran. Masalanya kitaran haid saya tidak teratur dan sehingga kini masih lagi belum hamil. Apakah tindakan yang perlu saya buat sekarang. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Saya difahamkan keguguran puan telah berlaku pada tahun lepas.
Pada masa yang sama puan perasan “keluar ketulan daging bercampur darah” berkemungkinan janin yang masih bersaiz kecil telah keluar ketika keguguran itu. Selalunya pada peringkat awal kehamilan, apabila bila berlaku keguguran, ia berlaku dengan sempurna.
Maknanya tiada yang tinggal dan D&C pun tidak perlu dilakukan.
Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan kitaran haid tidak menentu sehingga puan belum hamil selepas keguguran.
Oleh kerana ia telah berlaku melebihi 6 bulan saya mencadangkan agar puan melakukan pemeriksaan hormon.
Wallahu a’lam.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
