Mahu kahwini anak pesakit HIV

MAHU KAHWINI ANAK KEPADA PESAKIT HIV

HIV 9

 

“Assalamuaikum dr,kawan saya akan berkahwin dengan seorang gadis di mana bapanya telah meninggal dunia kerana jangkitan HIV. Ketika itu anak perempuannya masih berumur 2thn. Setelah anak perempuannya membesar ahli keluarga lain telah membawa anak perempuan tersebut untuk pemeriksaan HIV dan keputusannya adalah negatif di mana dia tidak dijangkiti HIV bapanya. Soalan saya, adakah keputusan itu sememangnya benar dan tepat dan walau keputusan hiv adalah negative, adakah dia masih dikatakan sebagai “pembawa hiv”?Mohon pencerahan. Terima kasih”

WaA ALAIKUM MUS SALAM

Ya. Ujian HIV yang terbaru digunakan di mana-mana makmal moden yang mendapat pengiktirafan KKM adalah sangat tepat.

Namun begitu, ketepatan ujian ini juga bergantung pada masa seseorang itu terdedah pada jangkitan itu.

Ujian HIV akan memberikan ketepatan sebanyak 95% selepas sebulan pendedahan terhadap jangkitan itu. Ini bermakna seseorang individu yang diuji itu hamper pasti bebeas HIV.

Namun sebanyak 5% dari mereka yang mendapat keputusan negative, boleh menunjukkan hasil yang positif.

Oleh itu ujian HIV ini boleh dilakukan semula selepas tiga bulan. Menurut garis panduan yang diberikan di United Kingdom, jika keputusan ujian HIV tiga bulan selepas pendedahan adalah negative, ini bermakna seseorang itu disahkan bebas jangkitan HIV.

Tidak perlu bimbang.

Jika masih lagi berasa was-was, boleh diuji semula selepas enam bulan atau setahun. Ujian HIV selepas setahun tidak diperlukan lagi kerana keputusan ujian HIV selepas setahun adalah sangat tepat.

Jika ujian ini yang positif, pengesahan harus dilakukan menggunakan ujian western blot untuk HIV. Ujian ini sangat khusus (spesifik) dan 100% tepat.

Ujian HIV tidak terjejas oleh sebarang jangkitan kuman, ubat-ubatan, vaksinasi, penambahan berat badan, makanan atau minuman, penggunaan alkohol atau sebarang penggunaan dadah.

Ini bermakna keputusan ujian anda adalah tepat walaupun seseorang individu itu mengalami selesema dan sedang menggunakan tubat.

Orang yang diuji tidak perlu berpuasa sebelum ujian HIV. Makanan dan minuman sebelum pemeriksaan ujian HIV tidak mempengaruhi keputusan.
Untuk masalah kawan saudara itu, pemeriksaan pemeriksaan HIV dilakukan sebelum pernikahan. Jika negative, tidak perlu terlalu bimbang dan buang perasaan was-was.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!