Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya …
Read More »Doktor Menjawab
Hukum menggunakan ethyl alkohol @ ethanol sebagai bahan antiseptik
HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi. Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang. Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah. Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya …
Read More »Bimbang anak jatuh dari katil
“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa. Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang …
Read More »Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui
“Apa yang sedapnya minum Coca-cola?” Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak. “Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?” “Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba. “Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori” Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat. Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan …
Read More »Kesan sampingan suntikan perancang keluarga
“Salam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Jadi saya bertukar kepada suntikan. Malangnya semenjak saya mengambil suntikan pula, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih. Saya ingin mendapat kepastian, adakah selepas saya berhenti mengambil suntikan hormon akan menyebabkan kesukaran …
Read More »UPT kabur, bagaimana nak pastikan saya hamil
” Asalam doktor..saya ada buat upt siang hari tadi..result nye line yg ke dua tu kabur..lepas tu malam tadi saya tengok balik pregnancy test tu line ke dua nampak terang..saya pregnant ke doktor? Mohon pencerahan dan terima kasih.. “ WA ALAIKUM MUS SALAM Mungkin puan melakukan ujian UPT terlalu awal. Cara terbaik melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid. Jika puan masih lagi tidak pasti, boleh lakukan: 1. Tunggu lagi dua minggu dan uji UPT semula. 2. …
Read More »Kentang Goreng Boleh Menyebabkan Tumor dan Kanser
“Salam doctor. Saya diberitahu oleh rakan saya bahawa memakan kentang goreng yang dijual di restoren segera boleh menyebabkan kanser. Adakah ianya benar atau khabar palsu saja. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar. Khabar yang mengatakan bahawa memakan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah suatu khabar palsu. European Food Safety Authority (EFSA) iaitu satu badan berautoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna di semua peringkat umur. Acrylamide dalam makanan dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan (terutamananya karbohidrate) digoreng dengan suhu yang tinggi (120 …
Read More »Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk
“Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat, Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di …
Read More »Makanan yang boleh menyebabkan pening
“Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih” Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok. Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu. Makanan masin Garam yang …
Read More »Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)
“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple). Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding …
Read More »Punca Sakit Belakang Ketika Hamil
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …
Read More »Manik dalam telinga anak
“assalamualaikum dr…..sy ibu yg tengah celaru….ank sy mengadu skit telinga pd sabtu lalu….hr yg sama sy bw dia ke klinik biasa dan dr kata masuk air….tp hr berikutnya sy jmpa dr yg sma dan cek skali lg….dr xpasti dan tranfer ke hkl…smlm sy g hkl dan cuci dr sana kt ada benda cm manik tp xbleh kluarkan sbb ank sy meronta dan minta sy msk wad tuj tggu blik bedah….mrka akn bius 1bdn dan kluarkan bnda 2….sy xbrani dan bbincang dgn suami…suami sy suggest tuk bw ke klinik ent jln pudu…dr sana cek dan cuba kluarkan dan ada drh …
Read More »Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?
Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal. Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan. Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja. Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang …
Read More »Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat
“Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids. Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan. Ketika …
Read More »DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT
“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di bahagian perut atau mengadu …
Read More »Ambil Paracetamol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?
“Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand. Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk …
Read More »Bahaya Paracetamol
“Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik. Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku. (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.) Malah di …
Read More »Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa
“Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur. Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada. Bagi sesetngah individu pula …
Read More »MENGELAKKAN GASTRIK PADA ORANG BERPUASA
Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu. 1. Elakkan makan secara banyak sekali gus 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang …
Read More »Bahaya Ubat Penahan Sakit
“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua. Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan …
Read More »Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang …
Read More »Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan. Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul …
Read More »Rawatan untuk Keloid
“Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang. Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal. Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi menghentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini dilakukansebulan sekali sebanyak enam …
Read More »Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout
“Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”. Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) …
Read More »Ubat Bagi Penyakit Gout
“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami …
Read More »Rawatan Kehamilan Luar Rahem
“Salam doktor. Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?” WA ALAIKUM MUS SALAM Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit. Walaupun begitu, penggunaan kaedah laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan …
Read More »Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?
“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana …
Read More »Mahu buang besi dalam tulang
“Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …
Read More »Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman
“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit. Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB). Tanda-tanda paling penting OAB …
Read More »Kekurangan gula dalam darah
“Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan. Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi …
Read More »Lupa mungkin tanda penyakit bahaya
“Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah …
Read More »Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon
“Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone. Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja. Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian boleh menyebabkan kerosakan kelenjar …
Read More »Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil
“Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan. Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam …
Read More »Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?
“Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup sehariannya (seperti tidak …
Read More »Ambil Ponstan ketika haid
“Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah lebih …
Read More »Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan
“Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat. ‘Janin …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
