Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil

“Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan.

Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon  “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam rahem mereka.

Apabila usia kehamilan semakin membesar,  selalunya wanita hamil itu kurang mengalami rasa loya dan muntah kerana mereka telah semakin lali dengan kehadiran hormone itu dan secara perlahan-lahan aras hormon itu semakin rendah selepas tiga bulan pertama.

Jarang sangat rasa loya dan muntah ini berlangsung selepas 3 bulan pertama. Jika ia berlaku saya menasihatkan puan menjalani pemeriksaan doctor.

Untuk mengurangkan rasa loya dan muntah selalunya saya mencadangkan agar wanita yang menggunakan halia dan lemon. Buatlah air dengan kadar perasa halia dan lemon yang agak nipis dan minumlah tanpa menggunakan ais.

Rasa loya dan muntah ini tidak dapat dihilangkan, kerana selagi ada kehadiran hormone hCG dalam tubuh. Namun rasa ini boleh dikurang. Malah ia akan berkuranan secara perlahan-lahan apabila kehamilan semakin meningkat usianya.

Selain itu saya juga mencadangkan agar wanita yang hamil untuk:

  1. mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit  setiap dua jam walaupun anda tidak lapar
  2. elakkan daripada mengambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng.
  3. buka tingkap dan kipas ketika memasak bagi mengurangkan bau yang boleh menyebabkan rasa loya dan muntah
  4. hentikan pengambilan kafein
  5. minum air secukupnya antara 10 hingga 12 cawan sehari.
  6. Dapatkan rehat yang cukup
  7. Kurangkan suplemen yang tidak perlu
  8. Kurangkan stress di tempat kerja

Saya sendiri  tidak menggalakkan penggunaan ubat menahan muntah kecuali jika wanita yang hamil itu tidak tahan menahan rasa loya yang muntah.

Walau bagaimana pun ia selamat jika digunakan dengan dos yang kecil secara berhati-hati.

Bagi wanita hamil yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk sehingga tidak mampu untuk makan, selalunya mereka akan dimasukkan ke dalam wad dan akan diberikan rawatan intravena.

WALLAHU A’LAM

Leave a Reply

error: Content is protected !!