“Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone.
Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja.
Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian boleh menyebabkan kerosakan kelenjar yang mengeluarkan hormone.
Kadar kerosakan hormon tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain.
Kita tidak pernah sedar bahawa banyak ancaman bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormon. Bahan-bahan ini terdapat dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan dan racun serangga.
Kesan bahan-bahan ini terhadap kelenjar yang mengeluarkan hormon amat perlahan.
Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila kerosakan ini menjadi serius maka badan menjadi bertambah letih dengan lebih ketara.
Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Keguguran rambut berlaku pada lelaki dan wanita, menjadikan rambut mereka semakin nipis.
Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stres. Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan.
Bayi di dalam rahem pula mengalami masalah perkembangan fizikal yang terbantut.
Antara bahan yang berbahaya boleh merosakkan kelenjar hormone ialah:
1- Nonylphenol merupakan bahan yang terkandung di dalam pencuci, racun serangga dan bahan plastik.
-2 Phthalates merupakan bahan yang dicampur di dalam PVC. PVC banyak digunakan di dalam pembuatan permainan kanak kanak dan perabot.
3- Dioxins PCB’s (polychlorinated biphenyls) bahan insulator.
4- DDT yang terdapat dalam racun pembunuh jentik jentik.
5- PBDEs (polybrominated diethyl ethers).
6- Logam berat seperti plumbum cadmium.
Kelenjar hormon bolehlah diibaratkan sebagai sebuah kilang yang aktif. Bahan perosak kelenjar hormone ini akan memperlahankan keupayaannya untuk mengeluarkan hormone secukupnya.
Saya mencadangkan agar saudara melakukan pemeriksaan darah dilakukan, bagi memastikan mendapati bahawa kepekatan hormone dalam tubuh tidak rendah.
Saudara juga dinasihatkan agar melakukan ujian darah untuk mengesan keracunan bahan kimia ini di dalam darah.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :