“Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup sehariannya (seperti tidak dapat ke sekolah atau ke tempat kerja) saya mencadangkan agar pemeriksaan yang lebih teliti dilakukan.
Ini bertujuan untuk memastikan bahawa wanita itu tidak mengalami masalah yang lebih serius seperti penyakit endometriosis.
Endometriosis adalah penyakit yang disebabkan tisu lapisan dalam rahem, didapati berada dan tumbuh di sekitar rahem.
Bagi mengetahui seorang wanita mengalami masalah ini, doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat imej pembengkakan ovary atau ovarian cyst, dan pemeriksaan laparoskopi bagi melihat secara terus tisu-tisu endometrium di sekitar rahem.
Selain endometriosis, rasa sakit ketika haid yang melampau disebabkan oleh penyakit ‘jangkitan kuman dalam pelvik’ atau disebut “pelvic inflammatory disease” dan penyakit fibroid.
Selalunya penyakit ini di peringkat awal dapat dirawat dengan baik. Saya juga mencadangkan agar saudari cepat berkahwin dan segera hamil, kerana semakin usia bertambah, semakin sukar untuk hamil dengan mudah. Semoga ALLAH permudahkan urusan saudari dan memberikan yang terbaik buat saudari.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
