“Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah lupa’ adakalanya suatu yang normal. Lebih-lebih lagi jika saudara telah melakukan pemeriksaan, dan doctor telah mengesahkan bahawa saudara tidak mengalami masalah yang serius.
Masalah ‘mudah lupa’ adalah suatu yang biasa terutama apabila seorang sudah meningkat usianya dan sedang mengalami tekanan.
Lagi pun perkara yang saudara tidak ingat itu merupakan perkara-perkara ‘short-term memory’, bukannya perkara-perkara yang ‘long term memory’.
Seandainya saudara lupa nama isteri saudara, jalan untuk pulang ke rumah atau tidak tahu saudara berada di mana, ia adalah suatu yang serius.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz