Kekurangan gula dalam darah

“Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan.

Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi dengan baik.

Apabila kita makan, sel-sel pankreas akan mengeluarkan insulin bagi mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi.

Bagi orang yang tidak makan dalam jangka masa yang lama, tahap glukosa dalam darah akan menurun secara perlahan-lahan.

Ini akan merangsangkan pengeluaran hormone glukogon dari pankreas supaya tahap glukosa dapat ditingkatkan.

Apabila pengeluaran hormone glukogon ini tidak dapat dikawal dengan baik, contohnya dikeluarkan dengan cepat atau tidak dalam kuantiti secukupnya, ini akan menyebabkan  seorang individu akan mengalami tahap gula yang rendah.

Keadaan ini dinamakan “hypoglycaemia”.

Berbeza dengan pengidap kencing manis. Biasanya keadaan ini berlaku apabila pesakit memakan ubat yang merangsangkan pengeluaran insulin yang banyak, pada masa yang sama tahap glukosa tidak terlalu tinggi. Tahap gula akan menjadi terlalu rendah.

Secara amnya apabila tahap glukosa sangat rendah dari 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) individu itu mula merasa lemah, letih dan lapar.

Apabila tahap glukosa lebih rendah dari 2.8 mmol/L (50 to 54 mg/dL), individu itu boleh pengsan.

Jika tidak segera diselamatkan dengan memberikan glukosa sama ada dengan memberi minum air gula atau melalui itravena, individu itu boleh meninggal dunia.

Jadi berhati-hati, terutama pesakit diabetes. Perlu mendapat dos ubat yang sesuai.

Bagi keadaan saudara, saya mencadangkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui punca kekurangan gula.

Wallahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!