Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

toilet

“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets.

Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit.

Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB).

Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.

Selalunya saya mencadangkan amalan senaman Kegel untuk melatih otot pelvik, latihan kemutan otot vagina,  stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil dengan lebih sistematik.

Bagi wanita saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi menguatkan otot vagina dan otot pelvis yang lain.

Jika tidak berjaya, barulah boleh menggunakan ubat-ubatan seperti Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan Solifenacin (Vesicare).

Ubat-ubatan ini perlu mendapat preskripsi doctor.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!