“assalamualaikum dr…..sy ibu yg tengah celaru….ank sy mengadu skit telinga pd sabtu lalu….hr yg sama sy bw dia ke klinik biasa dan dr kata masuk air….tp hr berikutnya sy jmpa dr yg sma dan cek skali lg….dr xpasti dan tranfer ke hkl…smlm sy g hkl dan cuci dr sana kt ada benda cm manik tp xbleh kluarkan sbb ank sy meronta dan minta sy msk wad tuj tggu blik bedah….mrka akn bius 1bdn dan kluarkan bnda 2….sy xbrani dan bbincang dgn suami…suami sy suggest tuk bw ke klinik ent jln pudu…dr sana cek dan cuba kluarkan dan ada drh dlm telinga ank sy…sy bw blik ank sbb dia kt bnda 2 akn kluar sndiri…bg ubat titis…hr ni mmg dia xmeragam sgt bleh lompat2….tp mcm cara sy nk bt selain drp trima dibius atau adakh cara sy tuk tggu sminggu ni slh…adakah selamat kanak2 2thun dibius…dr tolong sy”
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Kebiasaannya bendasing seperti manik yang berada lama dalam telinga tidak akan keluar dengan sendiri. Ubat titik telinga tidak membantu manik untuk keluar.
Jika manik itu keluar, ia adalah suatu yg luar biasa atas kehendak ALLAH.
Dibimbangi akan mengalami jnagkitan kuman dan bernanah. Tanda jangkitan kuman pada telinga ialah demam dan keluar nanah dari telinga. Keadaan akan lebih berbahaya kerana jangkitan di telinga selalunya akan merebak ke bahagian otak.
Saya pernah melihat satu kes di mana jangkitan dalam telinga, merebak ke otak sehingga kanak-kanak itu mengalami lumpuh kaki akibat bahagian otak yang mengawal otot kakinya telah dijangkiti kuman dan bernanah.
Saya menasihatkan jika manik tidak keluar, bawalah berjumpa dengan doktor semula.