“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Oleh kerana saudara telah mengalami masalah ginjal segala ubat-ubatan harus dipantau oleh doktor kerana dibimbangi akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada ginjal saudara.
Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar kesakitan dan mengurangkan inflamasi. Ia biasanya diambil bersama colchicine.
Colchicine perlu diambil setiap 3 jam sehingga sakit berkurang atau pesakit timbul rasa cirit birit. Ketika itu baru kesannya dapat dilihat.
Allopurinol (zyloric) adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kadar uric acid di dalam badan. Ia mengurangkan kadar penukaran purine kepada uric acid dan seklaigus mengurangkan risiko untuk terkena gout.
Walaubagaimanapun, Allopurinol tidak boleh diambil ketika mengalami serangan gout. Sekiranya diambil ketika serangan maka kesakitan boleh menjadi bertambah teruk.
Sekiranya saudara terkena serangan gout, maka makan ubat tahan sakit dan colchicine, selepas tidak lagi sakit, maka saudara boleh memulakan semula ubat allopurinol. Anda juga dinasihatkan membuat pemeriksaan darah untuk uric acid dan juga buah pinggang.
Wallahu a’lam.