BARLI DAN GOUT

 

“Assalamualaikum doktor, maaf nak tanya, adakah pesakit gout boleh minum air barli yang direbus?”.

 

Waalaikumussalam.

 

Barli mengandungi purin dalam jumlah yang lebih rendah berbanding makanan lain seperti daging merah dan makanan laut.

 

Walaupun begitu, pengambilan dalam jumlah yang besar boleh meningkatkan asid urik, yang menjadi punca serangan gout.

 

Barli mengandungi serat dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan, namun pengambilannya perlu dikawal terutama bagi pesakit gout yang sensitif kepada purine.

 

Menambah gula kepada air barli boleh memperburuk keadaan kerana gula berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan gout.

 

Sebaiknya, kurangkan penggunaan gula jika anda ingin mengelakkan kesan buruk terhadap kesihatan.

 

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

 

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#barli
#gout

 

Dapatkan TOCOTRIEONOL SOFTGEL untuk masalah Gout dan Hati Berlemak di :

https://www.needsvenue.com.my/products/-new-product-tocotrienols-softgel-olive-house

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!