Steroid dalam Ubat Herba

 

“Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid.

Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi.

Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan.

Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba.

Tanpa disedari, ginjal mereka turut menjadi rosak dan boleh mengalami pendarahan dalam perut. Pengguna juga boleh mendapat penyakit kencing manis serta penyakit tekanan darah tinggi.

Walaupun rasa sakit sendi akan berkurangan, namun ia menyebabkan tulang menjadi rapuh dan menyebabkan patah.

Terdapat juga pesakit yang biasa diberi steroid oleh doctor seperti  pesakit rheumatic, gout dan asma, tetapi mereka mendapat dos yang terkawal.

Jadi jika menggunakan sebarang “ubat herba” untuk melegakan sakit sendi seperti gout, dalam masa yang sama mengalami penambahan berat badan dan muka menjadi tembam secara tiba-tiba, berkemungkinan, “ubat herba”yang digunakan telah dicampur dengan steroid bagi mendapat kesan yang cepat.

Berlainan dengan ubat steroid yang diberikan oleh doctor, kebanyakan ‘ubat herba’ yang dicampurkan steroid ini mengandungi dos yang tinggi sehingga memberikan kesan sampingan yang teruk.

 

Wallahu a’lam.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!