Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

“Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.

 

Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.

 

Ketika ini, bahan biokimia “prostaglandin” dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan.

 

“Prostaglandin” dalam tubuh dihasilkan dengan bantuan sejenis enzim dipanggil cyclooxygenase atau disebut secara singkatannya sebagai COX.

 

Terdapat dua jenis enzim COX iaitu cyclooxygenase-1 dan cyclooxygenase-2.

 

Ubat penahan sakit seperti ponstan, ibuprofen dan voltaren mengganggu fungsi kedua-dua enzim cyclooxygenase ini dan akhirnya menghalang penghasilan biokimia “prostaglandin”.

 

Namun kesan sampingannya ialah kemudaratan pada perut dan ginjal jika diambil dengan dos yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang.

 

Saintis telah mencipta ubat penahan sakit yang lebih selamat, apabila ubat-ubat ini lebih spesifik mengganggu fungsi COX-2 sahaja. Ubat penahan sakit sebegini dinamakan sebagai “Cox-2 inhibitor”. Contohnya Celecoxib (Celebrex) dan Eterocoxib (Arcoxia).

 

Ubat penahan jenis ini dapat mengurangkan kemudaratan pada perut. Ia lebih baik berbanding dengan ubat penahan sakit seperti Ponstan, Diclofenace, dan Ibuprofen. Malangnya bagi pesakit yang telah sedia mengalami masalah perut (gastrik) dan ginjal masih tidak selamat untuk mengambil ubat ini.

 

Wa allahu a’lam.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!