KESAN SAMPINGAN UBAT ANTIBIOTIK AMOXICILLIN YANG SELALU DIBERIKAN PADA ANAK ANDA KETIKA DEMAM DAN BATUK YANG PERLU ANDA TAHU

Ubat antibiotik amoxicillin merupakan antibiotik daripada kategori bactericidal (membunuh kuman secara langsung).

Ia diberikan kepada pesakit yang mengalami jangkitan bakteria seperti :

✅Jangkitan saluran pernafasan yang menyebabkan batuk dan demam.

✅Jangkitan pada dalam telinga, dan tekak seperti tonsilitis.

Kadangkala doktor memberikan untuk pesakit ada masalah kudis dan bisul pada kulit.

Ubat sintetik antibiotik amoxicillin ini tidak digunakan untuk jangkitan virus. Jadi ia tidak berkesan untuk jangkitan virus seperti denggi, demam campak, influenza, dan demam COVID-19.

Ubat ini juga diberikan pada bayi dan kanak-kanak sebagai rawatan kepada jangkitan kuman yang mereka hadapi.

Bagaimana Menyimpan Antibiotik Ini?

✅ Ia harus disimpan di tempat yang selamat agar ia tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

✅ Tempat yang sesuai ialah tempat kering dan bawah suhu 25°C.

✅ Elakkan dari terkena cahaya matahari.

Apakah Kesan Sampingan Antibiotik Amoxicillin?

Selalunya ia tidak menunjukkan kesan sampingan yang berbahaya.

Namun ada pesakit yang mungkin mengalami :

✅ Rasa loya atau mual.
✅ Muntah-muntah.
✅ Cirit-birit.
✅ Ruam.

Ada juga yang mengalami kesan yang lebih serius, seperti:

✅ Alahan ubat seperti gatal kulit, sukar bernafas, ruam dan bengkak pada muka.
✅ Sakit perut yang teruk.
✅Cirit-birit cair atau berdarah.
✅ Sukar bernafas.

Ini adalah tanda yang serius dan perlu segera mendapatkan rawatan kecemasan.

Apakah langkah berjaga-jaga apabila diberikan ubat ini?

Maklumkan kepada doktor jika:

✅ Ada masalah buah pinggang (CKD) dan hati (Fatty Liver).

✅ Pernah mengalami alahan pada mana-mana antibiotik.

✅ Sedang hamil kerana amoxicillin boleh masuk ke dalam tubuh bayi melalui uri.

✅ Sedang menyusukan anak kerana amoxicillin boleh meresap masuk ke dalam susu ibu.

✅ Sedang mengambil pil perancang keluarga, kerana amoxicillin boleh menyebabkan pil perancang keluarga menjadi kurang berkesan.

✅ Sedang mengambil ubat-ubatan lain. Contoh:

✔️Elakkan mengambil tetracycline bersama amoxicillin kerana tetracycline akan menghalang fungsi amoxicillin dalam badan kita.

✔️ Elakkan mengambil methotrexate bersama
amoxicillin kerana ia mengurangkan penyingkiran methorexate dari tubuh kita. Ini akan menyebabkan pengumpulan methorexate dalam tubuh dan akhirnya menyebabkan keracunan.

Nasihat saya, pastikan anda faham mengenai ubat yang diberikan ini sebelum mengambilnya.

#HealthDrZubaidi
#amoxicillin
#antibiotic
#probiotics

Salah satu kesan sampingan antibiotik adalah kekurangan kuman baik dalam usus besar yang menyebabkan rasa kembung dan cirit-birit.

Ia dapat dirawat semula dengan pengambilan probiotik.

Boleh dapatkan gabungan probiotik, prebiotik dan vitamin D dalam Pro-EZ.

https://www.needsvenue.com.my/products/-new-pro-ez-apple-powder-prebiotic-2g-x-30-s-sachet-probiotik-enzim-

Leave a Reply

error: Content is protected !!