Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

dusphaston

 

“Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.

 

‘Janin yang tidak kuat’ bermakna telur ovum dan sperma yang bersenyawa mempunyai kualiti yang rendah dan menghasilkan janin yang tidak mempunyai kekuatan untuk terus hidup apabila dilahirkan kelak.

 

Keguguran disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’ selalunya tidak dapat diselamatkan walaupun diberikan rawatan dan berakhir dengan keguguran yang sempurna.

 

 

‘Rahem yang tidak kuat’ bermakna lapisan endometrium pada dinding rahem terlalu nipis atau mudah untuk luluh sehingga menyebabkan pendarahan (seperti pendarahan haid) akibat wanita itu kekurangan hormone progesterone.

 

Janin yang baik apabila ‘ditanam’ ke dalam lapisan ini seolah-olah seperti benih yang ditanam di  tanah yang tidak subur dan kering. Janin akan keguguran bersama dengan darah yang keluar kerana masalah lapisan endometrium ini tidak kuat kekal berada pada lapisan dinding rahem.

 

Sebagai rawatan doctor akan memberikan tablet Duphaston 10mg yang mengandungi bahan aktif dydrogesterone, iaitu hormone buatan progesterone.

 

Duphaston mengandungi bahan aktif dydrogesterone , yang mempunyai struktur kimia yang mirip hormone semulajadi progesterone, maka dusphaston menghasilkan kesan yang sama seperti progesterone.

 

Secara semulajadi hormon progesterone yang dihasilkan secara semulajadi oleh ovari menyebabkan lapisan endometrium pada dinding rahem menebal yang mana sangat penting bagi telur ovum yang telah disenyawakan melekat dan membolehkan ia membesar di situ.

 

Bagi wanita yang mengalami keguguran selalunya lapisan endometrium ini terlalu nipis dan tidak kuat untuk ‘memegang’ janin yang melekat di dinding rahem dalam rahem.

 

Oleh itu dengan memberikan bahan aktif dydrogesterone (sebagai hormone buatan) yang berada dalam dalam Duphaston membantu dalam rawatan ketidaksuburan dan keguguran dengan merangsang lapisan endometrium pada dinding rahem menebal, sehingga dapat memastikan kehamilan dapat diteruskan.

 

Bagi wanita yang mengalami kekurangan progesterone, saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah sebagai usaha merangsangkan pengeluaran hormone progesterone.

 

WALLAHU A’LAM.

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!