ANAK BERAT KURANG
“Salam doktor, anak saya berusia satu tahun dan empat bulan. Namun berat badannya hanya 8kg. Bagaimana hendak meningkatkan berat badan dia. Adakah ini akan beri kesan sampingan pada anak saya bila besar nanti?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Walaupun mungkin berat anak puan agak ringan, namun begitu, berat badan sahaja tidak memberi makna bahawa seorang kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan fizikal yang perlahan. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur pada ketinggiannya, berat badan dan lilitan kepala dan dipadankan dengan umur dan jantinanya.
Setelah kelima-lima parameter ini akan dipadankan pada graf pertumbuhan fizikal kanak-kanak.
Pertumbuhan fizikal kanak-kanak tidak dikira dengan BMI, tetapi ‘percentile’ berdasarkan umur dan jantinanya.
Dalam hal ini puan harus merujuk kepada doctor untuk mengetahui percentile perkembangan fizikal anak puan.
Yang lebih penting ialah perkembangan mentalnya, haruslah setaraf dengan umurnya. Sebagai contoh kanak-kanak yang berumur setahun, harus pandai menyebut ma-ma, pa-pa, ta-ta.
Jika beliau gagal untuk menyebut perkataan ringkas pada umur setahun, puan harus membawa anak puan untuk pemeriksaan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
