“Salam doctor. Saya seorang pesakit diabetes, berusia 28 tahun. Saya menggunakan daonil 10mg dua kali sehari. Semenjak kelahiran pertama, kandungan gula saya agak tinggi dan akhirnya doctor memberitahu bahawa saya mengalami penyakit diabetes. Sebelum itu saya tidak mempunyai penyakit ini. Dua minggu lepas, sepupu saya juga pesakit diabetes telah koma ketika melahirkan anak beliau. Doktor mengesahkan bahaya ia disebabkan komplikasi diabetes. Saya amat risau tetapi dalam masa yang sama ingin mempunyai anak lagi. Anak pertama say telah meninggal dunia akibat masalah pneumonia setelah 3 bulan dilahirkan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Kehamilan di kalangan pesakit diabetes tidak akan menjadikan mereka berada dalam keadaan yang berbahaya jika mereka melakukan persediaan dan dapat mengawal penyakit mereka dengan melakukan pemeriksaan gula secara berkala dengan istiqomah.
Malah ramai yang telah melahirkan anak yang sihat dengan selamat.
Jadi puan tidak perlu terlalu bimbang. Apa yang penting ialah puan melakukan persediaan untuk hamil, dengan mengawal kandungan gula dalam tubuh dan melakukan cara hidup yang lebih sihat iaitu memberikan perhatian pada pemakanan dan lakukan senaman.
Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor yang merawat puan. Beritahu bahawa puan berhasrat untuk hamil. Doktor akan membuat persediaan dengan menukarkan rawatan puna dari pil kepada suntikan insulin.
Dengan ini apabila puan hamil, gula dalam darah dapat dikawal sepanjang kehamilan puan. Doctor dan puan tidak perlu lagi bersusah payah untuk menukar-nukar dos insulin beberapa kali.
Selain ubat diabetes, ubat-ubat yang lain juga perlu ditukar, terutamanya ubat untuk penyakit darah tinggi.
Jika puan sedang mengalami komplikasi penyakit diabetes seperti mengalami masalah penglihatan, jantung dan ginjal, saya mencadangkan puan mendapatkan rujukan berjumpa dengan doctor pakar bagi memastikan keadaan puan benar-benar sihat sebelum puan hamil. Saya bimbang keadaan puan akan bertambah teruk jika puan hamil.
Kesimpulannya ialah puan harus memastikan kandungan gula dalam darah adalah dalam keadaan terkawal, sungguh pun hanya baru ingin merancang kehamilan.
Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI
Apabila puan hamil, kandungan gula lebih sukar dikawal, dengan itu apabila menukarkan ubat tablet doanil kepada suntikan insulin, ia bertambah rumit.
Saya percaya, dengan izin ALLAH kehamilan puan akan menjadi mudah seperti mana wanita lain yang tiada diabetes, jika puan dapat mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang kehamilan.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
