RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT

Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah EPO boleh diambil oleh remaja berusia 13 tahun? Anak saya mengalami masalah senggugut yang kuat. Ada alternative tak, selain ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan  rasa senggugut? Terima kasih.

WALAIKUMUSSALAM

Puan mempunyai anak gadis remaja yang mempunyai masalah senggugut yang teruk. Masalah senggugut di kalangan remaja biasa berlaku dan bukan disebabkan oleh masalah lain yang berbahaya. Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit. Jika berulang, elok juga dibawa untuk pemeriksaan doctor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius.

Saya juga tertarik dengan penggunaan EPO. Evening Primrose Oil adalah ekstrak minyak dari tumbuhan yang dikenali sebagai evening rose yang banyak ditanam di Amerika Utara dan Eropah dan beberapa negara lain. Namun ia bukan tumbuhan asli di nusantara. Bagi masalah berkaitan dengan senggugut yang biasa, selalunya orang tua kita berikan rebusan Kacip Fatimah kerana hidup subur di sekeliling kita. Ia lebih sesuai untuk tubuh kita. Orang zaman dul menggunakan Kacip Fatimah bagi mengurangkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak.

Oleh itu saya mencadangkan pengambilan ekstrak Kacip Fatimah untuk beberapa hari bagi memudahkan pengeluaran darah haid dan melegakan rasa sakit senggugut. Ramai yang telah dapat mengurangkan rasa sakit senggugut dengan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (EKF).

Ekstrak Kacip Fatimah elok diambil juga bersama dengan vitamin C dan E.

Dalam satu kajian yang dilakukan, pengambilan vitamin E juga membantu mengurangkan rasa sakit akibat senggugut dan mengurangkan kehilangan darah ketika haid.

Rujukan: Ziaei S, Zakeri M, Kazemnejad A. A randomised controlled trial of vitamin E in the treatment of primary dysmenorrhoea. BJOG. 2005 Apr;112(4):466-9.

Boleh hubungi wakil-wakil kami di seluruh negara.

Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/

Leave a Reply

error: Content is protected !!